penagih--penagih belog ini.

Wednesday, 30 January 2013

Ke hadapan fruitheart saya yang sangat sangat saya sayangi.



Skang ni kan, simple je yang.
Fara harap ebal cari fara dalam masa terdekat.
Tak nak call pun, just simple hi kat fara.
Itu pun dah mampu buat fara bahagia sangat sangat sangat.
Fara tak sihat sekarang ni, badan seram sejuk, hilang selera makan, dan jujur cakap fara perlukan ebal.
Ubat sakit bukan bukan fara ni sebenarnya bukan ada kat klinik, tapi ada pada ebal.

I just miss you.
I miss your voice.
I miss your laugh.
I miss your smile.
I miss your ‘tak-matang-side’.
I miss your eyes.
I miss your warm hug.
I  bloody miss you.
Fara sakit sebab ebal letak tembok besar Malaysia antara kita.
Sampai hati ebal kan.
Apa lagi yang fara kena buat untuk melembutkan hati ebal skang ni?
Tell me. Fara sanggup buat apa sahaja. :’(

Jangan sampai doctor sahkan fara menghidap demam denggi berdarah
dan disahkan tak lama dah atas dunia ni, then baru ebal nak cari fara.
Masa tu dah terlambat, yang.
Fara dah tutup pintu hati fara.
Dan ebal akan menyesal.
Fara tau ebal akan menyesal.

Please sayang. Just forget our past.
Past is past. Fara dah lupakan segala kesalahan yang dulu tu.
Ebal lupa ke fara ni kan pesen nyanyuk?
Tak ingat dah benda benda tak guna. Ingat benda best best jew. Hihi

Kan dulu kita dah janji nak hidup sehidup semati, susah senang bersama.
Fara pegang janji janji ebal sampai sekarang tahu?
Tak tahu lettew kan? Kan?
So jangan nak janji dicapati sangat buleh dak?
Sakit pulak hati kitew ni.
=..=’

K la, fara ada kelas 2.30 petang ni. I will wait for you,sayang. Fara tunggu.

Tuesday, 22 January 2013

Yang terindah hanya sementara.


Setinggi seluas gunung dan lautan 
Sejuta harapan dipertaruhkan
Beronak berliku jalan kulalui
Selagi berupaya kuteruskan.

Alangkah sukarnya memadam bayangan masa silam
Di dalam keberanian terusik jua perasaan
Tiada hentinya memanjangkan doa                                                                                                                Semoga jiwa ini terus tabah.
Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara
Yang terpahat dalam diri hanya kenangan dan nestapa.

Tak rela kuturutkan hati
Menyesali apa yang terjadi
Andainya begitu suratan yang tertulis di Azali.

Biarlah walaupun kusepi
Sedih pedih dikhianati
Aku kan tetap terus mengorak langkah perjalanan ini.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s:                                                                                                                                                                           ni lagu old school Erra Pajira. haha. baru malam semalam aku dapat via bluetooth.
feel seh lagu ni. :')
p/s lagi:
tak sabar sangat nak bercuti seminggu bermula khamis ni. badan ni dah terlampau letih dengan aktiviti duniawi. balik rumah nak rehat puas-puas dengan keluarga. jyeahhhh! :D

Friday, 18 January 2013

Lupakanlah saja diriku.

assalamualaikum
akhirnya di hari ke lapan belas bulan Januari
baru aku terbuka hati nak update blog
memang aku ada berniat nak berhenti menulis dalam blog ni
tapi aku sekarang dalam mood nak meluahkan
serius nak luahkan tapi tak tau nak luah kat siapa
nak tak nak kena conteng jugak la blog ni.
huhu

pagi tadi sebelum subuh
ebal tegur aku kt inbox Facebook
aku pun ok je, layankan lah
dia nak luahkan sesuatu ke aku tapi dia macam stuck la lebih kurang
aku time tu da dapat tangkap ni mesti benda serius ni

alkisahnya kebetulan minggu lepas aku baru je berkunjung ke rumah dia
kira ini kunjungan pertama aku lah ke johor selepas aku dan ebal putus
aku niat datang johor tu untuk ziarah dan lepak-lepak dengan keluarga dia
nak dekat setahun aku tak jumpa keluarga dia
selama ni kalau aku turun johor pun aku jumpa dengan ebal je
tu yang aku dengan yakinnya turun johor baru ni.

tapi rupa-rupanya tindakan aku melawat dan berhubung dengan keluarga ebal tu
membuatkan keluarga ebal menuduh ebal ni
seolah-olah tak menghargai aku
seolah-olah dia mempermainkan aku
walaupun aku dah terangkan dah sebab sebenar aku dan ebal berpisah.
semuanya kerana aku yang tak boleh nak handle hubungan kitorang dulu.
bukan salah ebal pun.

tapi mungkinlah keluarga ebal simpati kat aku kot
ye lah selepas segala tunggang terbalik yang aku dan ebal hadapi
tapi akhirnya putus macam tu je.
entah, aku pun tak pasti.

okey, berbalik kepada cerita inbox Facebook tadi
berhubung dengan kes ebal kena tuduh bukan-bukan tu
jadinya ebal dengan jujur meminta aku untuk tidak lagi contact diri dia dan keluarga dia
kiranya kind of aku kena jauhkan diri la dari family dia.
dia kata dia penat kena hadap tuduhan macam tu
sedangkan keadaan sebenar bukan macam tu pun.

masa dia bagitau kat aku pagi tadi tu, aku okey je
serius aku okey dan boleh terima bila dia minta aku jauhkan diri dari dia dan keluarga dia
sebab bagi aku, aku dengan dia memang dah takde pape
apa ada hal kan kalau tak boleh contact lepas ni.

tapi bila lepas aku solat Subuh
tetiba aku rasa macam sayu.
sebab aku terfikir
disebabkan percintaan aku dan ebal yang tak kesampaian,
tak pasal-pasal je hubungan baik antara aku dan keluarga ebal terpaksa diletakkan tembok besar.
hurm entahlah.
mungkin ini yang terbaik untuk diri aku dan ebal.
tapi serius cakap
rasa sayu tu menusuk kalbu.

itu je lah nak cerita.
kbai.

p/s : abah aku nak datang asrama aku malam ni untuk menyerahkan duit belanja selepas dipujuk rayu oleh aku yang comel ini. seronotnyew. hikhokhikhok *gelak babi*

Saturday, 29 December 2012

Melepaskan kau pergi.


kata orang, kalau sayangkan seseorang
kita kena lepaskan dia
demi kebahagiaan dia.

dan aku dah buat keputusan
untuk betul-betul melepaskan kau pergi dari hidup aku.
sakit rupanya nak lepaskan kau.
memang dah lama kau pergi dari hidup aku
tapi yang sebenarnya
aku tidak pernah melepaskan kau dari fikiran dan hati aku.
sikit pun aku tak lepaskan kau.

selepas perpisahan kita,
aku acap kali menangis sebab rindukan kau
sungguh, rindu aku pada kau tak pernah padam.
aku tak tahu kenapa susah sangat.
mungkin sebab kau lelaki pertama yang menyayangi aku sepenuh hati
menjaga aku sepenuh hati.

dan apa yang aku balas kat kau?
aku cuma pentingkan diri aku.
aku hanya fikirkan masalah aku
sampai aku mengabaikan kau.

dulu, aku pernah disakiti
aku pernah diabaikan
dan aku memang menyalahkan lelaki itu 100%
aku kata dia tiada hati perut dan perasaan
aku terus tawar hati pada lelaki yang telah menyakiti aku tu

dan sekarang, karma terjadi.
aku sudah menyakiti kau.
aku faham kenapa kau pergi meninggalkan aku.
aku juga faham jika kau dah tawar hati dengan aku.
sikit pun aku tak marah kau.
sebab aku faham rasa sakit diabaikan itu bagaimana.

demi kebaikan kau dan aku,
aku lepaskan kau dalam erti kata yang sebenar.
bukan bermakna aku membenci kau,
cuma yang pasti aku bukan tercipta untuk kau.
selamat tinggal.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

#entry ni aku buat 12 Disember lepas, cuma aku takde kekuatan nak publish. malam ni aku rasakan malam penutup untuk kisah aku dan kau. dan aku takkan lagi menghantui hidup kau. terima kasih atas segala apa yang kau korbankan dan lakukan demi untuk bahagiakan aku. aku tahu dan sedar bagaimana kau berusaha untuk bahagiakan aku dulu, betapa kau bersabar dengan aku, aku nampak semua itu. terima kasih sayang. semoga kau berbahagia senantiasa dan dilindungi Allah selalu. :')














Dan hembusan cinta ini berakhir setakat di sini sahaja.

Sebelum engkau kemari
Tiada resah
Tiada khuatir
Menjelang kemesraan ku
Yang dirindu
Hanya syahdu

Mengapa itu
Mahu jadi teman
Mahu jadi kekasih
Selamanya..

Aku bukan lagi mainan dulu
Telah ku campakkan kau kemana
Ke lautan hitam yang ku tahu
Pasti kita tak jumpa

Semalam
Itu semalam
Hari ini aku hidup
Dalam dunia yang aman
Kenangan
Kita lucutkan
Kita bakar sama-sama
Pengalaman hidup
Seksa.

p/s:
tirai 2012 bakal berakhir. akan tetap aku kenang selamanya segala kenangan pahit manis tahun ini. 
tahun 2013, berilah peluang untuk aku mengecap bahagia dan ketenangan jiwa itu. 
aku tak mintak banyak ya Allah. ini sahaja :')


Tuesday, 25 December 2012

Diari vs blog.

aku sekarang mengalami insomnia tahap maksimum
mata aku selagi tak pukul 6 pagi takkan datang mengantuk tu
lepas subuh baru aku mengantuk 
dah nak dekat dua bulan lebih macam ni
mata eyebag tak payah cakap
aku rasa bukak semester ni muka aku la paling sememeh
lantakkan.

alkisahnya disebabkan insomnia tu
aku akan online la sementara nak bagi mengantuk betul-betul
tapinya pagi tadi tetiba aku perasan ada orang naik tangga 
menuju ke ruang tamu tingkat atas rumah aku
dalam pukul 4 pagi macam tu
aku syak mak aku je
time tu aku dalam bilik
mujur lampu aku dah tutup awal-awal
so aku terus tutup laptop, tutup mata serta merta
iols tetiba feeling berlakon macam fasha sandha tetiba.
*lempang diri sendiri*
kakaka

rupanya mak aku nak ambil penyapu dalam bilik aku
punyela anak dara pesen apa aku ni
penyapu pun ada dalam bilik
nak kata rajin sangat
hakpuiiii
tu makan dia
hahaha

lepas mak aku dah turun
aku just kejungkan diri je la atas katil
nak online balik rasa malas
aku pun pasangla earfon kat telinga dengan harapan boleh tidur
tapi tak boleh
nak lagi best, tetiba jiwa kacau pulak.
aduiii 

so aku ambil keputusan
aku kena buat something 
aku pegi bukak laci almari 
baca balik surat yang aku pernah nak bagi kat ebal
tapi tak bagi-bagi pun sampai sekarang.
=..=

pastu aku baca diari aku masa tahun 2006
lama dah aku tak sentuh diari tu
masa baca tu aku macam
oh god sucinya aku masa tu
aku macam ni ke dulu?? 
punyela aku rasa macam baca diari perempuan melayu terakhir la bak hang
cemerlang terbilang gemilang sangatttttttttt kate ko
kakaka

btw, aku tetiba kagum dengan diri aku di tahun 2006 tu
aku kagum dengan semangat dan motivasi diri aku yang sangat tinggi 
yang bila compare dengan diri aku yang sekarang
jahanam woi jahanam
dan membuatkan aku terdetik
what if 2013 ni aku menulis kat diari je?
kot mau jadi cemerlang cam dedulu.
kohkoh

aku pun dah puas sebenarnya dengan dunia blog
tiga tahun aku berkecimpung
jatuh bangun aku dalam ni, gelak tawa aku bersama blogger lain
dan berakhir dengan tragedi.
aku cuba bangkit untuk menulis dengan berkualitas seperti dulu.
aku cuba.
tapi tak mampu.
jelas trauma itu mengubah segalanya.

dunia blog pun dah tak macam dulu
ramai sangat yang kejar populariti 
instead of menulis dengan jujur dan tidak mendabik dada
dan ramai juga blogger otai dah menyepi setelah menjadi penulis buku tegar
aku is terkilan dengan lumrah kejadian alam begini.

mungkin 2013 ni aku nak quit blog.

mungkin je la.
aku malas nak over sebab tak nekad sangat pun.

plis jangan jadi macam ebal tu.
tak habes-habes kata nak quit dota tapi tak quit pun sampai sudah.
kakakaka. 





p/s: 
tahun 2004, aku becuti kat pantai miami, penang dengan family time krismes cenggini. 
esoknya pantai tu kena langgar tsunami  kauu. i tell you. *dah kenapa aku macam begosip?kakaka*
aku macam tak caye je tengok dalam berita, pantai aku pegi tu kena tsunami. 
mujur kitorang balik awal. kalau tak, aku takde dah kot sekarang. haha. 
k tak lawak. bye



Friday, 21 December 2012

Simpan diriku terseksa.


bangun dari tidur pagi tadi
sejenak aku kembali terhidu bau ketakutan itu
sejenak aku kembali terpegang trauma itu.
sejenak aku menggeletar kerana tahu sakitnya menghadap mereka.

baru sahaja aku mahu bangkit dari sisi gelap kehidupan
baru sahaja aku mahu mengukir senyum di bibir
tapi dek kerana dia yang entah siapa siapa
yang jelas mempunyai niat yang mencurigakan
aku secara automatik terpaksa menyelak kembali trauma itu
trauma yang cuba aku tinggalkan dan lupakan
dan air mata aku menitis tanpa dipinta.

melihat satu demi satu trauma itu
aku tak sangka perjalanan hidup aku jadi begini
aku tahu lebih ramai yang sengsara berkali ganda dari aku
tetapi sengsara yang aku tanggung ini
tiada mampu dapat dirungkai.

dahulu ada yang pelik dan bertanya
kenapa tidak aku pertahankan diri
jawap aku, bukan aku tidak mahu
tetapi amat sukar untuk aku pertahankan diri
kerana akan ada mulut berkata aku mereka-reka cerita
ditambah pula dengan campur tangan ramai manusia
itu semua hanya membuatkan keadaan bertambah rumit.
jadi aku memutuskan untuk tidak mempertahankan diri.
sehingga kini.

kata pujangga sering mengatakan 
ujian itu menguatkan seseorang.
tapi tidak untuk aku.
aku lumpuh dengan ujian sebegini.