penagih--penagih belog ini.

Thursday 29 December 2011

azam tahun baru 2012. ngee ;)

assalamualaikum
hari ni just nak cerita pasal azam baru je kot
sebab lagi 2 3 hari je 2011 akan melabuhkan tirai kan?
:)

untuk 2012 ni
aku rasa aku just bawak je azam 2011 yang belum tercapai ke 2012
so macam tak boleh panggil azam baru je
huhu

okey okey
ini antara azam aku untuk 2011
aku listkan yang mana aku ingat je tau
1. nak amek lesen kereta
2. nak tekel hati classmates aku
3. nak belajar masak
4. nak solat 5 waktu penuh sehari semalam

and believe it or not
empat2 azam aku untuk 2011 masih belum tercapai sepenuhnya
haduyai
aku pun tak tau la kenapa masih tergendala 4 azam aku
tapi yang pasti aku memang akan setelkan jugak azam2 aku
sampai la tercapai.
insyaAllah

so untuk 2012 ni
aku maybe nak tambah azam kot
heheh
berikut adalah azam2 baru yang aku teringin nak capai
1. nak simpan duit untuk tempah pakej percutian ke luar negara
2. nak simpan duit nak beli BlackBerry
3. nak simpan duit untuk tabungan perkahwinan
4. nak try amek kursus andaman and mekap
5. nak kerja part-time bila ada masa lapang
6. nak jaga hubungan antara aku da si dia. :p

so total azam aku untuk 2012 sama dengan 10 azam la
azam lama dan azam baru
harap-harap 2012 ni aku boleh capai azam-azam aku ni
tak dapat semua,separuh pun jadi la.
korang doakan lah tau aku diberi kudrat lebih nak laksanakan kesemua azam aku ni.
:D

so how about azam 2012 korang pulak?
mehla share-share cite dengan aku
mana tau boleh aku jadikan inspirasi.
hehe

okey itu je kot aku nak tulis
disebabkan aku bakal busy 2 3 hari ni
maklumlah semester baru da nak mula
so aku nak ucapkan
SELAMAT TAHUN BARU 2012
in advance
ngeeee :p

Sunday 18 December 2011

carta hatiku.

assalamualaikum
akhirnya
dapat jugak aku mengetuk-ngetuk keyboard
untuk ceconteng belog aku ni
wuuuuu
lame gile tak jenguk belog sendiri
T.T

alhamdulillah
hidupku semakin stabil rasenye
aku dan mama sudah berbaik kembali
walaupun kejap on kejap off
bagiku itu pun kira okey sangat
daripada time aku kena ignore dgn mama
hampir 2 minggu sebelum ni
sadis seh.sobs
so skang aku dan mama da okey
xtergambar dengan perkataan la
perasaan bahagia tu cmne
;)

aku dan si dia pun alhamdulillah
30disember ni genap 2bulan kami berpacaran
harap-harap sempatla genap
huhu

aku dan dia boleh aku gambarkan dalam fasa-fasa bahagia
namun aku terkadang ragu-ragu
adakah benar dia jodohku?
adakah dia akan mengotakan segala janji yang dilafazkan kepadaku?
sungguh,kadang2 aku ragu

tapi aku tak mahu rasa ragu itu membunuh rasa cintaku kepada dirinya
aku sayang sangat pada dia
setiap hari aku berdoa moga Allah berikan petunjuk
benarkah dia jodohku
jika benar,aku sangat bersyukur
kerana dia,aku mampu bangun semula daripada kenangan pahit yg lalu
:')

peh penat pulak bebel bab2 hati ni
so kite berbalik ke dunia realitilah. hehe
hari ni aku berada di rumah opah sedara di rawang
maybe kejap lagi nak jenjalan kt area KL kot
aku taknak ingat pape masalah
nak happy je sepanjang hari ni
korang pun same tau
semoga ceria ceria selalu
senyum sokmo deh. :D