penagih--penagih belog ini.

Wednesday 25 July 2012

misscalls dari awak.

230712
3.46 pagi - 1 misscall dari awak

240712
2.18 pagi - 1 misscall dari awak

haih
dua hari berturut-turut
dia call aku tapi aku tak sedar.

entah kenapa la aku tak sedar time dia call aku
yang buat aku geram dengan diri aku sendiri tu, 
aku tersedar dalam 15-20 minit lepas misscall dari dia
aku nak call dia balik dah la tak boleh sebab kredit expired
dah elok2 dia call, aku pulak tak angkat
>.<

sorry awak
kita dah la jarang nak ber-call dah sekarang
bole pulak jadi camni .
teruk kan fara ni?
huuu

esok hari rabu.
kena kuatkan semangat pergi kelas.
encik haris nak jumpa aku
pasal kes ponteng tu la
tah bile aku nak pegi jumpa dia.
maybe jumaat kot.
kot la.

laptop kat icu pun da sihat.
nanti la aku amek.
rabu kames kelas direct dari pagi sampai ke petang.
penat seh.

#kpd semua, selamat tambah ibadat di bulan ramadhan. <3












Wednesday 18 July 2012

Abah.

assalamualaikum
baru kejap tadi abah send mesej ramadhan kat aku
mesej simple je tapi tersentuh lak hati
huuuu
tetibe aku terasa nak cerita pasal abah aku lak.

sebenarnya,
hubungan aku dengan abah tak la rapat sangat sekarang
tapi satu benda yang aku perasan dari dulu
bila abah tunjukkan dia 'care' kat aku
automatically aku akan tacing.

contohnya,
kalau orang lain bapak dia cakap 'belajar rajin-rajin'
mesti rasa cam cliche je kan
tapi aku
kalau abah aku cakap camtu kat aku
memang aku rasa tacing la.
sebab abah aku jenis susah nak tunjuk dia care.

somehow,
aku selalu gak bergaduh dengan abah dulu
tapi deep in my heart, aku tetap sayang kat abah aku.
*wuuu air mata bergenang pulak da T.T

walaupun aku tak rapat dengan abah,
aku rasa abah sentiasa ada bila aku susah
since dari aku kecik lagi.
aku ni dari kecik asek sakit-sakit
pukul 2-3 pagi tetiba asthma
pukul 2-3 pagi tetiba muntah
mama aku memang label aku 'taik penyakit' je dulu.
tapi abah sentiasa sabar bawak aku pegi hospital.
memang abah la orangnya.

bila aku da besar ni,
aku rasa aku masih tak mampu menyenangkan abah.
even kalau aku nak balik rumah pun,
masih lagi abah yang fetch aku dari asrama.
nak harap aku?
lesen kereta sampai sekarang pun tak berambik.
aku memang very very a loser girl . wuwu

aku banyak ambil perangai abah sebenarnya.
sebab tu bila mama dok condemn abah
aku just tadah telinga je la
sebab perangai aku=perangai abah.

abah, kakak sayang abah.
maafkan kakak sebab selalu ego.
maafkan kakak sebab bertekak dengan abah satu masa dulu.

*air mata dah menitik. haih.








Thursday 12 July 2012

esok nak bertolak ke kuala gula, taiping.

bile jiwa kacau cmni
selalu pulak aku update entry
burr

walaupun tadi aku terpaksa sain borang salah laku
walaupun aku tau aku bakal berdepan musibah besar lepas ni
walaupun makin lama aku rasa semakin awkward 
nak berdepan bebudak kelas dan ustaz mat dan encik zain
esok pagi aku kena gak buat-buat macam takde apa berlaku
sebab esok ada program anak angkat kat kuala gula
kelas aku bergabung dengan kelas fathul.

aku harap program esok 
dapat meniupkan semangat baru untuk aku.
dapat meningkatkan balik iman aku
dapat memperbaiki skill komunikasi aku yang semakin penyenyap
sungguh aku senyap sekarang ni
dan lebih banyak memencilkan diri

to fanad, esok aku berada dekat je dengan kau.
kalau free, lawat la aku kat rumah family angkat aku.

*beria je. padahal aku duduk sana 2 hari je pon = ='

hari isnin or selasa next week
aku rase macam nak jumpa kaunselor
aku sekarang tengah 'sakit'
aku rasa lemah, takde semangat
dari sem lepas aku sedar benda ni
tapi sampai sekarang aku pendam.

ya Allah, 
permudahkanlah urusan aku.
kuatkan hati aku
aku tau aku selalu melupakanMu
ampunkan aku,ya Allah. 
hurm.

p/s: aku ada penyakit suka tak angkat call orang. terutama kalau budak kelas aku yang call.
      camne nak sembuhkan penyakit ni ha? makin lama macam makin teruk. im very the loser :|


mimpikan si dia (110712)

semalam aku tak attend class.
aku rase tak sedap badan
so sepanjang aku tak pergi kelas
aku nak gi klinik tapi rase macam malas nak gerak amek borang sakit bagai
so aku just tidur je kat bilik.

time aku tidur tu
aku mimpi mama ajak pindah rumah baru
rumah baru tu macam kat luar negara
siap ada binatang banyak-banyak mcm kat safari park je
tapi binatang tu semua dalam bentuk kartun 3D
pastu tetibe belakang rumah aku ada gorila mengamuk meroyan tetiba
zzzz

tapi tah cemana tah
boleh pulak kitorang singgah kat satu homestay ni
homestay AH
aku ingat lg nama homestay tu sebab pelik dan pendek sangat =.='

ada family uruskan homestay tu
and yang tak sangkanya
kat homestay tu ada damia nurinsyirah
damia ni anak buah si dia
dalam mimpi aku tu, aku ngan damia rapat
kitorang ade la berbual sensama.

damia: nama kakak sape?
aku: kak fara. ingat lg ke?
damia: ouhh kak faraaa. ingat2. *sambil muka cute
aku: selalu org panggil damia ke syira?
damia: pak long panggil kite syira jeee. *buat muka cute lagik

lebih kurang gitu la dialognye
aku pun ingat-ingat lupe
then aku hug damia.
lama gak la.
rasa bahagia time tu
sebab kalau realitinya aku tak la rapat sgt ngan damia
just pernah jumpa sekali je
:)

then damia mintak nak makan.
aku layankan je lah.
pastu dia maen laptop ke ape tah.

dalam mimpi aku tu
mama damia ialah chuck lyssa.
chuck lyssa is ex-gf si dia
dan dlm mimpi tu
gayanya mcm lyssa tu ada something special dengan si dia
maybe wife ke lebih kurang cmtu la

tapi ending mimpi aku tak best
and menyedihkan.
tuptup ada seseorang yg penting dlm hidup aku meninggal dunia.
meninggal sebab eksiden.
berdarah-darah.
aku tengok depan mata sambil dukung damia.

tak lame pastu aku pun terjage dari tidur.
bangun dari tidur terus berdebar-debar dada.
haih. entahla kenapa aku mimpi camtu.

aku doakan dan harap sangat
orang yg meninggal dalam mimpi aku tu
dipanjangkan umurnya
dan dilindungi dari kecelakaan.
aminn.



Wednesday 11 July 2012

nak call dia tapi.......

dari pukul 9.00pm tadi
sampai lah sekarang
aku rase nak sangat call dia
entah la kenapa

tapi
aku takut.
aku takut aku mengganggu dia
kalau based on status kat fb tadi
aku tau dia sedang berdota dengan kawan2
tapi tak tau lah kot dia dah habes berdota.
aku tak mau mood dia berubah
disebabkan aku.

hurm
lama sungguh aku tak call dia
last masa 2 minggu lepas kalau tak silap
itupun dia macam tak sudi dah nak bercakap dengan aku
:(

setiap hari aku teringat kat dia
tak mampu aku lupakan dia
terkadang memori manis antara aku dan dia ter-flashback di kepalaku
bahagia sangat masa tu
:')

dia minta aku lepaskan dia
tapi masalahnya
mampukah aku melepaskan dia?
sampai sekarang aku masih tidak mampu

aku harap masih ada sinar harapan
walaupun kini segalanya tidak seperti dulu..

kreditku sudah expired kejap tadi.
aku hanya mampu merenung handphone aku.
sunyi.
sepi.
nak call dia dah tak boleh
nak text pun tak boleh.


wahai mataku,
harap malam ini
tidur lena itu milik kita.
 :\


p/s: maaf sebab menjiwa kacau kat sini. wuwu