penagih--penagih belog ini.

Thursday 30 October 2014

Kisah ber-blind date semalam.

Assalamualaikum.
Ni nak cerita pasal semalam.
Rajin pulak la minah ni kan.
Hahaha

Alkisahnya, semalam aku blind date.
Seriously tak pernah jumpa selama ni, just chat je
Dan aku tak tahu dia kerja apa nama dia bagai
Yg dia tulis kat profile
Nama Wan, umur 29
Yg lain-lain tu semua details yang tak berapa detail
Err hihi

Pastu semalam aku saje petik kat dia
Nak tak temankan aku tengok wayang midnight?
Saje je ni, sebab aku rasa dia jenis tak layan.
Sekali dia kata boleh je.
Damn. Aku pulak yg berdebor.

Kebetulan masa tu aku mmg kt mydin Meru
So aku cakap kt dia pick up je aku kt situ
Dia kata lepas maghrib dia datang
Aku ok je, aku sambung la jalan-jalan cuci mata dalam Mydin.
Aku sebenarnya caya tak caya je kat dia ni
Yelah, lelaki kan.
Sepuluh dia cakap, satu je kot yang boleh pakai.
Lels.

So, dalam pukul 8.00pm camtu
Dia cakap dia dah sampai.
Aku pulak yang terkejut sebab sangkakan dia acah-acah je nak datang.
Dia kata biar dia yang cari aku.
Aku okey je.
Once dia jumpa aku, aku yang jd malu dgn dia.
Hahaha

Orangnya hensem jgklah
Berkulit gelap sikit
Mmg taste aku. Nyum. Eh? Hahah
Memula dia cakap dia keje kilang
Aku tak percaya sebab dia ni ada aura orang keje-keje uniform ni
Sekali mmg betul la, dalam kereta baru dia kabor, dia keje bomba.
Dkt je balai bomba dia dgn rumah aku.
Tak sampai 10 minit aku rasa
Hiuhu

So sambil on the way nak tengok wayang,
kami pun berborak la berkenalan
So far, aku selesa dgn dia
Dia kedah mai, dok kt Kulim
Dtg Ipoh utk bertugas je la kiranya.

Sampai je kat Jusco, kitorang pergi tengok tiket wayang
Tapi hampa sangat-sangat sebab cerita Ouija takde.
So, aku kabor ke dia.
Tak payah la tengok wayang, jom karok je la
So berkaroklah kami sejam
Hahaha

Dah habis karok, dia mengadu perut dah lapar
So pergi cari kedai makan pulak
Kami makan kt kedai makan berhampiran dengan Giant Tambun
Ada je budak-budak kampus aku makan situ tp aku buat tak nampak je
Hihi

Dah selesai makan, dia kata jom tengok wayang midnight
Aku macam eh tadi kan dah pergi tgk tiket Ouija takde
Pastu dia kata kite try tengok kt Parade
Dannnn hampa jgk jawapannya
Parade pun dah tak buat midnight
Pak guard situ kabor, jumaat sabtu je ada midnight.
T.T

Ok aku seriously dah kecewa dah
Malas pikir dah pasal tgk midnight ke apa
Tapi dia ni mmg genetik gigih ke menda
Dia kata ok jom try tengok kt Aeon Station 18
Aku macam hei kan jauh tu
Dia cakap takpe, pi tengok je dulu
Nak puaskan hati masing-masing, kata dia.
Aku okeykan je lah.

Kami sampai Aeon tu dah hampir pukul 11 malam
Aku cakap kt dia pergi la tanya pak guard dulu
Ada ke tidok midnight
Dia pun tanya la guard
Pak guard kata ada ada, tingkat 3
Aku pun dah berbunga la balik.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Bila kami dah masuk, sunyi sepi
Takde orang
Dan pawagam pun tutup rapat
Cilakeeeeeee
Pahal ni semua tutup
Mmg bengang jugak la dengan pak guard tu
Elok kami keluar nak balik tu, takde dah pak guard tu
Kalau ada, sedap jgk ajak bertumbuk sedas dua.
=..=

So, dia hantar aku balik lah ceritanya
Itu lah ending blind date aku
Kelakar pun ada
Penat pun ada
Tapi aku banyak tergelak la
Pasal kitorang gigih pusing 3 mall kat Ipoh ni semata-mata nak bermidnight movie
Padahalnya semua tutup
Nyiahahaha

Lenkali je lah ye awak.
Take care.
Semoga ada lagi waktu lain utk ketemu.
^_^


p/s 1: Orang pantai dalam vs orang ipoh tu, aku dah buat keputusan utk tolak dua-dua. Habis cerita.

p/s 2: Malam ni episod akhir Selamat Pengantin Madu. Wajib tengokkkkkkk! Okbye

Thursday 23 October 2014

Segmen | Aimifiqa Garden Bloglist


Assalamualaikum
Maka, bergiveaway lagi lah kita.
Kali ni giveaway untuk menjadi salah satu blog 
Yang tersenarai di dalam bloglist tuan blog ni ha
Aimifiqa namanya. Hiks



Klik banner untuk join giveaway ni ^_^


Serius senang sengsangat segmen giveaway ni
Di sini, aku sertakan syarat-syarat yang dikenakan tuan blog.

Syarat is easy-peasy

 1. Follow BLOG saya
 2. Tempek BANNER di atas dan backlink kepada entri ini dan Buat entry 
     "Segmen | Aimifiqa Garden Bloglist"
 3. Pilih kategori mana yang anda hendak disenaraikan.


 BEE|BUTTERFLY|FLOWER|REDBUG|CATERPIE
4. Done dan komen di entri ini.



Maka, aku memilih kategori,
Tadaaaaaaa!
Kategori Caterpie. Hihik



Okeh itu je.
Bye korang.

Thursday 16 October 2014

Orang Pantai Dalam vs Orang Ipoh. Hurmm

8.16pm
16 Oktober 2014

Assalamualaikum
Baru je kan aku update aku bahagia bla bla bla
Sekarang aku dah berada dalam dilemma
Tersepit antara dua kekdahnya
Hmm

Si A,
Sayang benar kat aku
Orang Pantai Dalam, Kolumpo
Kerja promoter, tahun depan nak join agent hartanah
Muda setahun dari aku
Seorang yang manja sangat-sangat, mungkin sebab anak bongsu
Selalu insecure dengan aku, takut aku mencari yang lain
Tapi berjanji nak memperisterikan aku
Seawal tahun depan katanya.
Malangnya, aku tak mampu sayangkan dia.
Dah cuba tapi tetap tak mampu.

Si M,
Aku baru kenal dia
Masuk harini baru hari ketiga kenal dia
Orang Ipoh, sama tempat dengan aku
Kerja technician, tahun depan nak apply polis
Umur 26 tahun
Anak ke-5 dari 11 orang adik beradik *wow kan? hahaha*
Orangnya tegas, muka acah garang gitu
Nampak brader-brader dia tu
Tapi dengan aku, dalam hati ada taman rupanya
Dia seorang yang matang, ada ego
Emmm aku rasa aku dah rasa sayang kat dia ni.
Angau dah rasanya ni ha. Err hihi
Tapi aku takut dia tak rasa yang sama dengan apa yang aku rasa.


Tuhan, aku tak tahu.
Pada siapa patut aku kasihi sebenarnya?
Tapi hati berat kepada yang M.
Walaupun baru sangat kenal.
Terasa chemistry tu utuh.
Berborak macam dah kenal lama.

Hmmm. Tak suka lah rasa mcm ni.
T.T


Thursday 2 October 2014

Segmen + Giveaway Sweet Sour by N|A.



Klik banner untuk ushar giveaway beserta ganjarannya. Best chuols

Cinta?
Terlalu dalam bagi aku.
Pernah aku tersungkur kerana cinta.
Selalu sebenarnya.
Selalu benar tersungkur kerana cinta.

Cinta?
Dahulu aku yang kerap mengejar,
Mengejar hingga lelah,
Namun luka dahulu membuat aku berubah,
Kini aku biarkan cinta mengejar aku.

Cinta?
Mungkin cinta kini tak mampu melawan cinta kau yang dulu
Tapi,
Cinta kini memberi kekuatan,
Cinta kini menyayangi tanpa syarat,
Cinta kini memberi tanpa pinta balasan.

Cinta,
Kini aku temui jawapan.
Cintalah Tuhan sebelum mencinta yang lain.
Kerana Tuhan yang mencipta cinta,
Pasti Dia lebih mengerti.

:')

*************************************************************************************************

Jiwang bukan?
Hahh lama dah tak berpuitis tis tis ni
Hiks

Ok done everything.
Good luck untuk diri sendiri!
Yeay!