penagih--penagih belog ini.

Saturday, 29 December 2012

Melepaskan kau pergi.


kata orang, kalau sayangkan seseorang
kita kena lepaskan dia
demi kebahagiaan dia.

dan aku dah buat keputusan
untuk betul-betul melepaskan kau pergi dari hidup aku.
sakit rupanya nak lepaskan kau.
memang dah lama kau pergi dari hidup aku
tapi yang sebenarnya
aku tidak pernah melepaskan kau dari fikiran dan hati aku.
sikit pun aku tak lepaskan kau.

selepas perpisahan kita,
aku acap kali menangis sebab rindukan kau
sungguh, rindu aku pada kau tak pernah padam.
aku tak tahu kenapa susah sangat.
mungkin sebab kau lelaki pertama yang menyayangi aku sepenuh hati
menjaga aku sepenuh hati.

dan apa yang aku balas kat kau?
aku cuma pentingkan diri aku.
aku hanya fikirkan masalah aku
sampai aku mengabaikan kau.

dulu, aku pernah disakiti
aku pernah diabaikan
dan aku memang menyalahkan lelaki itu 100%
aku kata dia tiada hati perut dan perasaan
aku terus tawar hati pada lelaki yang telah menyakiti aku tu

dan sekarang, karma terjadi.
aku sudah menyakiti kau.
aku faham kenapa kau pergi meninggalkan aku.
aku juga faham jika kau dah tawar hati dengan aku.
sikit pun aku tak marah kau.
sebab aku faham rasa sakit diabaikan itu bagaimana.

demi kebaikan kau dan aku,
aku lepaskan kau dalam erti kata yang sebenar.
bukan bermakna aku membenci kau,
cuma yang pasti aku bukan tercipta untuk kau.
selamat tinggal.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

#entry ni aku buat 12 Disember lepas, cuma aku takde kekuatan nak publish. malam ni aku rasakan malam penutup untuk kisah aku dan kau. dan aku takkan lagi menghantui hidup kau. terima kasih atas segala apa yang kau korbankan dan lakukan demi untuk bahagiakan aku. aku tahu dan sedar bagaimana kau berusaha untuk bahagiakan aku dulu, betapa kau bersabar dengan aku, aku nampak semua itu. terima kasih sayang. semoga kau berbahagia senantiasa dan dilindungi Allah selalu. :')














7 comments:

  1. InsyaAllah... lepaskan. Akan ada bahagia untuk kamu berdua. (^___^)

    ReplyDelete
  2. kadang , mulut kita selalu cakap nak move one. tapi , kita tak boleh nak tepis bila kenangan bersama dia tiba-tiba muncul di skrin fikiran. but , chill lah kan .. kena kuatkan diri juga. kalau tak , sampai bila nak hidup dalam bayang-bayang? sangat menyakitkan you know :"(

    ReplyDelete
  3. bagus..bagus...
    moga 2013 lbh baik okay
    take care

    ReplyDelete
  4. dear, i pernah rasa mcm ni, mmg sakit, bertahun i xleh lupa, nangis je, xlalu mkn..i tau u pon mcm tu, but someday later, u boleh bangga dgn diri u, bila suddenly u tersedar, yg hidup u rupenye dh okay, dan rupenye u boleh hidup tanpa dia, even better ! :) just keep stronger ya..insyaAllah :)

    ReplyDelete
  5. When life gives you 100 reasons to cry, Show life 1000 reasons to smile":)

    ReplyDelete