penagih--penagih belog ini.

Monday 27 August 2012

kisah semalam itu penghujung cintaku.

tepat jam 4 pagi 26082012
telefonku berdering
dan akhirnya
kisah aku dan kau kini tinggal kenangan
aku terpaksa melepaskan kau pergi
selepas berbulan-bulan hubungan kita tergantung.

jujurnya 
aku juga masih sayangkan kau
tapi benarlah kata orang
bercinta tidak semestinya memiliki.
mungkin ini yang terbaik untuk kita berdua

aku sama sekali tidak menyalahkan diri kau
aku merasakan kegagalan cinta ini
berpunca daripada diri aku sendiri.

tidak mengapalah.

kepada kau yang pernah mewarnai kehidupanku
aku doakan kau ceria dan bahagia di samping keluarga dan rakan-rakan
aku doakan kau sihat senantiasa
aku doakan yang terbaik untuk diri kau.
terima kasih atas segalanya. 
ketahuilah, di mata aku 
kau istimewa 
dan aku bertuah kerana berkesempatan mengenali kau. :)

kisah kita bermula dengan lagu 'Cinta Muka Buku'
dan berakhir dengan lagu 'Kosong'
kisah kita bermula dengan lagu 'Sofia Jane'
dan berakhir dengan lagu 'Teman Pengganti'
sungguh kebetulan.


klausa klise ada mengatakan
'life must go on'
mohon kekuatan diserap masuk dalam diri ini. amin



p/s: 
entry ni agak berbaur peribadi. maaf zahir batin kalau kalau timbul rase menyampah. 
selamat beraya dan berpuasa enam di minggu kedua syawal. burrr

Thursday 9 August 2012

pelangi senja vs esaimen teknologi pendidikan. =.='

sepatutnya sekarang aku kena siapkan esaimen
mesti siapkan
tapi kejadah apekah sekarang aku ngadap apdet entry pulak dah
zzzzz

takpela
malam ni tak payah tidor
berjaga sampai lebam
dan esok dah submit esaimen
sudah buleh merdeka
merdeka sekejap
=.=

sekarang ni
aku asek dengar lagu Pelangi Senja
yang stacy nyanyi tu
sampai kadang tu terngiang-ngiang kat telinga
maybe sebab keadaan aku dan dia kot
so feel dia menusuk kalbu lah
wuwu
btw,video klip utk Pelangi Senja terbaek kot
sangat cantik view kat Semporna, Sabah <3


update:
1 #aku baru perasan hari jadi naqibah rozahan sama dengan hari jadi arif, adik aku. tahun je lain.
2 #aku tak berapa melayan lagu raya sgt tahun ni. nanti time raya la baru layan.
3 #kat kelas aku skang ada game main surat layang. somehow aku rasa dihargai bila main game tu.
4 #dia masih dlm ingatan aku. bila aku dengar lagu-lagu fevret dia or lagu yg dia pernah tujukan kat
     aku, autometik teringat dia pastu aku jiwa kacau. burrr
5 #suprisingly kali ni aku tak de langsung rasa mcm nak cari pengganti. foreveralone je lah.
6 #tiap-tiap minggu aku balik rumah sekarang.
7 #rindu ramai manusia. rindu nak berjumpa-jumpa. tapi rindu tu sekadar terpendam dalam hati.
8 #minggu depan aku praktikal 4 hari. harap aku dpt berpraktikal dengan jayanya. amin :')

p/s: lately aku asek membaca blogger cikgu cikgi. ambil semangat mungkin. huhu