penagih--penagih belog ini.

Wednesday 30 January 2013

Ke hadapan fruitheart saya yang sangat sangat saya sayangi.



Skang ni kan, simple je yang.
Fara harap ebal cari fara dalam masa terdekat.
Tak nak call pun, just simple hi kat fara.
Itu pun dah mampu buat fara bahagia sangat sangat sangat.
Fara tak sihat sekarang ni, badan seram sejuk, hilang selera makan, dan jujur cakap fara perlukan ebal.
Ubat sakit bukan bukan fara ni sebenarnya bukan ada kat klinik, tapi ada pada ebal.

I just miss you.
I miss your voice.
I miss your laugh.
I miss your smile.
I miss your ‘tak-matang-side’.
I miss your eyes.
I miss your warm hug.
I  bloody miss you.
Fara sakit sebab ebal letak tembok besar Malaysia antara kita.
Sampai hati ebal kan.
Apa lagi yang fara kena buat untuk melembutkan hati ebal skang ni?
Tell me. Fara sanggup buat apa sahaja. :’(

Jangan sampai doctor sahkan fara menghidap demam denggi berdarah
dan disahkan tak lama dah atas dunia ni, then baru ebal nak cari fara.
Masa tu dah terlambat, yang.
Fara dah tutup pintu hati fara.
Dan ebal akan menyesal.
Fara tau ebal akan menyesal.

Please sayang. Just forget our past.
Past is past. Fara dah lupakan segala kesalahan yang dulu tu.
Ebal lupa ke fara ni kan pesen nyanyuk?
Tak ingat dah benda benda tak guna. Ingat benda best best jew. Hihi

Kan dulu kita dah janji nak hidup sehidup semati, susah senang bersama.
Fara pegang janji janji ebal sampai sekarang tahu?
Tak tahu lettew kan? Kan?
So jangan nak janji dicapati sangat buleh dak?
Sakit pulak hati kitew ni.
=..=’

K la, fara ada kelas 2.30 petang ni. I will wait for you,sayang. Fara tunggu.

Tuesday 22 January 2013

Yang terindah hanya sementara.


Setinggi seluas gunung dan lautan 
Sejuta harapan dipertaruhkan
Beronak berliku jalan kulalui
Selagi berupaya kuteruskan.

Alangkah sukarnya memadam bayangan masa silam
Di dalam keberanian terusik jua perasaan
Tiada hentinya memanjangkan doa                                                                                                                Semoga jiwa ini terus tabah.
Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara
Yang terpahat dalam diri hanya kenangan dan nestapa.

Tak rela kuturutkan hati
Menyesali apa yang terjadi
Andainya begitu suratan yang tertulis di Azali.

Biarlah walaupun kusepi
Sedih pedih dikhianati
Aku kan tetap terus mengorak langkah perjalanan ini.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s:                                                                                                                                                                           ni lagu old school Erra Pajira. haha. baru malam semalam aku dapat via bluetooth.
feel seh lagu ni. :')
p/s lagi:
tak sabar sangat nak bercuti seminggu bermula khamis ni. badan ni dah terlampau letih dengan aktiviti duniawi. balik rumah nak rehat puas-puas dengan keluarga. jyeahhhh! :D

Friday 18 January 2013

Lupakanlah saja diriku.

assalamualaikum
akhirnya di hari ke lapan belas bulan Januari
baru aku terbuka hati nak update blog
memang aku ada berniat nak berhenti menulis dalam blog ni
tapi aku sekarang dalam mood nak meluahkan
serius nak luahkan tapi tak tau nak luah kat siapa
nak tak nak kena conteng jugak la blog ni.
huhu

pagi tadi sebelum subuh
ebal tegur aku kt inbox Facebook
aku pun ok je, layankan lah
dia nak luahkan sesuatu ke aku tapi dia macam stuck la lebih kurang
aku time tu da dapat tangkap ni mesti benda serius ni

alkisahnya kebetulan minggu lepas aku baru je berkunjung ke rumah dia
kira ini kunjungan pertama aku lah ke johor selepas aku dan ebal putus
aku niat datang johor tu untuk ziarah dan lepak-lepak dengan keluarga dia
nak dekat setahun aku tak jumpa keluarga dia
selama ni kalau aku turun johor pun aku jumpa dengan ebal je
tu yang aku dengan yakinnya turun johor baru ni.

tapi rupa-rupanya tindakan aku melawat dan berhubung dengan keluarga ebal tu
membuatkan keluarga ebal menuduh ebal ni
seolah-olah tak menghargai aku
seolah-olah dia mempermainkan aku
walaupun aku dah terangkan dah sebab sebenar aku dan ebal berpisah.
semuanya kerana aku yang tak boleh nak handle hubungan kitorang dulu.
bukan salah ebal pun.

tapi mungkinlah keluarga ebal simpati kat aku kot
ye lah selepas segala tunggang terbalik yang aku dan ebal hadapi
tapi akhirnya putus macam tu je.
entah, aku pun tak pasti.

okey, berbalik kepada cerita inbox Facebook tadi
berhubung dengan kes ebal kena tuduh bukan-bukan tu
jadinya ebal dengan jujur meminta aku untuk tidak lagi contact diri dia dan keluarga dia
kiranya kind of aku kena jauhkan diri la dari family dia.
dia kata dia penat kena hadap tuduhan macam tu
sedangkan keadaan sebenar bukan macam tu pun.

masa dia bagitau kat aku pagi tadi tu, aku okey je
serius aku okey dan boleh terima bila dia minta aku jauhkan diri dari dia dan keluarga dia
sebab bagi aku, aku dengan dia memang dah takde pape
apa ada hal kan kalau tak boleh contact lepas ni.

tapi bila lepas aku solat Subuh
tetiba aku rasa macam sayu.
sebab aku terfikir
disebabkan percintaan aku dan ebal yang tak kesampaian,
tak pasal-pasal je hubungan baik antara aku dan keluarga ebal terpaksa diletakkan tembok besar.
hurm entahlah.
mungkin ini yang terbaik untuk diri aku dan ebal.
tapi serius cakap
rasa sayu tu menusuk kalbu.

itu je lah nak cerita.
kbai.

p/s : abah aku nak datang asrama aku malam ni untuk menyerahkan duit belanja selepas dipujuk rayu oleh aku yang comel ini. seronotnyew. hikhokhikhok *gelak babi*