penagih--penagih belog ini.

Saturday 29 December 2012

Melepaskan kau pergi.


kata orang, kalau sayangkan seseorang
kita kena lepaskan dia
demi kebahagiaan dia.

dan aku dah buat keputusan
untuk betul-betul melepaskan kau pergi dari hidup aku.
sakit rupanya nak lepaskan kau.
memang dah lama kau pergi dari hidup aku
tapi yang sebenarnya
aku tidak pernah melepaskan kau dari fikiran dan hati aku.
sikit pun aku tak lepaskan kau.

selepas perpisahan kita,
aku acap kali menangis sebab rindukan kau
sungguh, rindu aku pada kau tak pernah padam.
aku tak tahu kenapa susah sangat.
mungkin sebab kau lelaki pertama yang menyayangi aku sepenuh hati
menjaga aku sepenuh hati.

dan apa yang aku balas kat kau?
aku cuma pentingkan diri aku.
aku hanya fikirkan masalah aku
sampai aku mengabaikan kau.

dulu, aku pernah disakiti
aku pernah diabaikan
dan aku memang menyalahkan lelaki itu 100%
aku kata dia tiada hati perut dan perasaan
aku terus tawar hati pada lelaki yang telah menyakiti aku tu

dan sekarang, karma terjadi.
aku sudah menyakiti kau.
aku faham kenapa kau pergi meninggalkan aku.
aku juga faham jika kau dah tawar hati dengan aku.
sikit pun aku tak marah kau.
sebab aku faham rasa sakit diabaikan itu bagaimana.

demi kebaikan kau dan aku,
aku lepaskan kau dalam erti kata yang sebenar.
bukan bermakna aku membenci kau,
cuma yang pasti aku bukan tercipta untuk kau.
selamat tinggal.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

#entry ni aku buat 12 Disember lepas, cuma aku takde kekuatan nak publish. malam ni aku rasakan malam penutup untuk kisah aku dan kau. dan aku takkan lagi menghantui hidup kau. terima kasih atas segala apa yang kau korbankan dan lakukan demi untuk bahagiakan aku. aku tahu dan sedar bagaimana kau berusaha untuk bahagiakan aku dulu, betapa kau bersabar dengan aku, aku nampak semua itu. terima kasih sayang. semoga kau berbahagia senantiasa dan dilindungi Allah selalu. :')














Dan hembusan cinta ini berakhir setakat di sini sahaja.

Sebelum engkau kemari
Tiada resah
Tiada khuatir
Menjelang kemesraan ku
Yang dirindu
Hanya syahdu

Mengapa itu
Mahu jadi teman
Mahu jadi kekasih
Selamanya..

Aku bukan lagi mainan dulu
Telah ku campakkan kau kemana
Ke lautan hitam yang ku tahu
Pasti kita tak jumpa

Semalam
Itu semalam
Hari ini aku hidup
Dalam dunia yang aman
Kenangan
Kita lucutkan
Kita bakar sama-sama
Pengalaman hidup
Seksa.

p/s:
tirai 2012 bakal berakhir. akan tetap aku kenang selamanya segala kenangan pahit manis tahun ini. 
tahun 2013, berilah peluang untuk aku mengecap bahagia dan ketenangan jiwa itu. 
aku tak mintak banyak ya Allah. ini sahaja :')


Tuesday 25 December 2012

Diari vs blog.

aku sekarang mengalami insomnia tahap maksimum
mata aku selagi tak pukul 6 pagi takkan datang mengantuk tu
lepas subuh baru aku mengantuk 
dah nak dekat dua bulan lebih macam ni
mata eyebag tak payah cakap
aku rasa bukak semester ni muka aku la paling sememeh
lantakkan.

alkisahnya disebabkan insomnia tu
aku akan online la sementara nak bagi mengantuk betul-betul
tapinya pagi tadi tetiba aku perasan ada orang naik tangga 
menuju ke ruang tamu tingkat atas rumah aku
dalam pukul 4 pagi macam tu
aku syak mak aku je
time tu aku dalam bilik
mujur lampu aku dah tutup awal-awal
so aku terus tutup laptop, tutup mata serta merta
iols tetiba feeling berlakon macam fasha sandha tetiba.
*lempang diri sendiri*
kakaka

rupanya mak aku nak ambil penyapu dalam bilik aku
punyela anak dara pesen apa aku ni
penyapu pun ada dalam bilik
nak kata rajin sangat
hakpuiiii
tu makan dia
hahaha

lepas mak aku dah turun
aku just kejungkan diri je la atas katil
nak online balik rasa malas
aku pun pasangla earfon kat telinga dengan harapan boleh tidur
tapi tak boleh
nak lagi best, tetiba jiwa kacau pulak.
aduiii 

so aku ambil keputusan
aku kena buat something 
aku pegi bukak laci almari 
baca balik surat yang aku pernah nak bagi kat ebal
tapi tak bagi-bagi pun sampai sekarang.
=..=

pastu aku baca diari aku masa tahun 2006
lama dah aku tak sentuh diari tu
masa baca tu aku macam
oh god sucinya aku masa tu
aku macam ni ke dulu?? 
punyela aku rasa macam baca diari perempuan melayu terakhir la bak hang
cemerlang terbilang gemilang sangatttttttttt kate ko
kakaka

btw, aku tetiba kagum dengan diri aku di tahun 2006 tu
aku kagum dengan semangat dan motivasi diri aku yang sangat tinggi 
yang bila compare dengan diri aku yang sekarang
jahanam woi jahanam
dan membuatkan aku terdetik
what if 2013 ni aku menulis kat diari je?
kot mau jadi cemerlang cam dedulu.
kohkoh

aku pun dah puas sebenarnya dengan dunia blog
tiga tahun aku berkecimpung
jatuh bangun aku dalam ni, gelak tawa aku bersama blogger lain
dan berakhir dengan tragedi.
aku cuba bangkit untuk menulis dengan berkualitas seperti dulu.
aku cuba.
tapi tak mampu.
jelas trauma itu mengubah segalanya.

dunia blog pun dah tak macam dulu
ramai sangat yang kejar populariti 
instead of menulis dengan jujur dan tidak mendabik dada
dan ramai juga blogger otai dah menyepi setelah menjadi penulis buku tegar
aku is terkilan dengan lumrah kejadian alam begini.

mungkin 2013 ni aku nak quit blog.

mungkin je la.
aku malas nak over sebab tak nekad sangat pun.

plis jangan jadi macam ebal tu.
tak habes-habes kata nak quit dota tapi tak quit pun sampai sudah.
kakakaka. 





p/s: 
tahun 2004, aku becuti kat pantai miami, penang dengan family time krismes cenggini. 
esoknya pantai tu kena langgar tsunami  kauu. i tell you. *dah kenapa aku macam begosip?kakaka*
aku macam tak caye je tengok dalam berita, pantai aku pegi tu kena tsunami. 
mujur kitorang balik awal. kalau tak, aku takde dah kot sekarang. haha. 
k tak lawak. bye



Friday 21 December 2012

Simpan diriku terseksa.


bangun dari tidur pagi tadi
sejenak aku kembali terhidu bau ketakutan itu
sejenak aku kembali terpegang trauma itu.
sejenak aku menggeletar kerana tahu sakitnya menghadap mereka.

baru sahaja aku mahu bangkit dari sisi gelap kehidupan
baru sahaja aku mahu mengukir senyum di bibir
tapi dek kerana dia yang entah siapa siapa
yang jelas mempunyai niat yang mencurigakan
aku secara automatik terpaksa menyelak kembali trauma itu
trauma yang cuba aku tinggalkan dan lupakan
dan air mata aku menitis tanpa dipinta.

melihat satu demi satu trauma itu
aku tak sangka perjalanan hidup aku jadi begini
aku tahu lebih ramai yang sengsara berkali ganda dari aku
tetapi sengsara yang aku tanggung ini
tiada mampu dapat dirungkai.

dahulu ada yang pelik dan bertanya
kenapa tidak aku pertahankan diri
jawap aku, bukan aku tidak mahu
tetapi amat sukar untuk aku pertahankan diri
kerana akan ada mulut berkata aku mereka-reka cerita
ditambah pula dengan campur tangan ramai manusia
itu semua hanya membuatkan keadaan bertambah rumit.
jadi aku memutuskan untuk tidak mempertahankan diri.
sehingga kini.

kata pujangga sering mengatakan 
ujian itu menguatkan seseorang.
tapi tidak untuk aku.
aku lumpuh dengan ujian sebegini.























Friday 14 December 2012

15 hidden thing dalam diri aku. :)

aku banyak sangat cerita  pasal dia kebelakangan ni kan
aku rasa aku nak stop la kot
entah kenapa aku rasa sakit hati pulak
bukan sakit hati ke dia
sakit hati dengan diri sendiri.
=..='

okey harini aku just nak share hidden thing about aku
dulu kat blog lama, aku pernah buat
tapi aku rasa aku nak buat balik pulak
:)

1. aku ni jenis minah lembap sikit. maksud aku, kalau buat satu-satu keje tu, take time lama. contoh, kalau basuh pinggan berlambak, aku amek masa 1 jam paling cepat. itu paling cepat, paling lambat pikir lah sendiri. haha

2. aku ni jenis lebih selesa dengan strangers tapi sebaliknya bila dengan orang yang aku kenal. mungkin disebabkan ada tragedi-tragedi tertentu, maka aku jadi macam ni.

3. aku sebenarnya peminat lagu-lagu melayu dan english. tapi disebabkan patah hati punya hal, aku terus boleh nak melayan lagu kpop. lagu kpop kan tak paham, makanya takde nak sentap apa. hilang elejik aku ke kpop. haha.

4. aku takde favourite colour. aku jenis suka colour ikut trend. kalau time tu tengah in colour biru, makanya aku suka biru. tapi lately, aku perasan aku cepat berkenan kat baju colour putih. rasa macam tenang pakai baju putih. :)

5. aku tak pandai layan budak-budak. kalau baby, aku okey lagi. tapi kalau budak yang tengah nak membesar tu, aku is rimas. aku pun tak tahu la macam mana esok kalau kahwin dapat anak bagai. kan orang kata perempuan pandai melayan budak-budak, oh mungkin tapi bukan aku la. =.='

6. makanan wajib aku ialah telur goreng. kira macam addicted lah. dari kecik aku macam ni. cuma bila dah besar ni, boleh kawal skit la. bila aku dok rumah, ok tak terkawal balik. haha

7. aku kalau baca novel or tengok drama or baca blog orang, aku suka layan cerita orang yang dah berkahwin. sebab realistik.

8. aku suka duduk kat rumah. kadang tu jealous gak tengok kengkawan lain suka hangout, tapi entah. aku lebih selesa duduk di rumah. tapi kalau aku bergaduh dengan mak aku, terus rasa nak lari rumah je terus. kahkah

9. aku kalau pergi pasar malam mesti beli ayam goreng oh. aku suka part yang dekat dengan punggung ayam tu. shedap gilew. haha. tapi kalau makan kfc, mana-mana part pun sedap je bagi aku.

haaa part ni ah aku suka gilaaaaa! aumm! hahaha


10. aku suka dengar lagu tapi aku tak suka menyanyi. menyanyi just dalam hati je. mungkin sebab aku jenis susah nak tangkap satu-satu lirik. aku tak macam adik-adik aku, sekali dua dengar terus pick up lirik. gila lah diorang =.=

11. aku adalah manusia yang suka kepelbagaian. aku selalu berubah minat. macam sekarang aku cakap favourite aku blablabla, esok lusa tak tentu kekal. aku memang macam tu.

12. tapi kalau bab makan, aku jenis takut nak mencuba makanan pelik-pelik. sebab karang tak sedap, langsung putus selera makan aku. aku dahla susah nak makan orangnya. *sila percaya* haha

13. aku suka sangat no 7. tak tahu lah kenapa. life aku banyak dikelilingi dengan no 7.

14. aku suka baju murah tapi nampak mahal. baju-baju yang aku beli sendiri harga tak pernah lebih dari rm30. lebih dari tu, aku rasa mahal gile nak mampus.

15. aku suka baca buku. kalau pergi shopping mall, antara tempat wajib pergi ialah popular takpun mph. aku rela berdiri lama-lama mengadap buku. kenkadang tu mencangkung bagai. tak tau malu betul. belinya tak jugak. kahkah

okey, 15 je lah dulu. ada banyak lagi kalau nak cerita pasal aku.
tapi karang bosan pulak korang kan dah berjela-jela aku jack diri sendiri je.
teehee

selamat berhujung minggu eh semua.
:)

Saturday 8 December 2012

Cadang nak tidur. Tapi tak tidur-tidur jugak.

sesat di sini 
arahnya tak pasti 
sepi dibelenggu mimpi 
masih mencari 

walaupun pergi 
jasadku disini 
nak ku cari tapi dimana 
bukalah mata 

Yang Berkuasa 
tolonglah hamba 
bukalah pintu segala 
agar sempurna 

tangan ku tadah 
agar menerima 
apa yang diberi olehMu 
aku bersyukur 

-korus-


yeah..yeah..yeah
bangunlah dari tidur 
buka mata pandang ke sana 
moga berjaya.


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/10/lirik-mencari-waheeda-giegiel.html#ixzz2EObKaFxi



----------------------------------------------------------------------------------------------------------
yang sebenarnya aku rasa nak meluahkan something kat sini.
tapi entah. feel nak menulis hilang tiba-tiba.
kebetulan tadi aku terdengar lagu ni kat radio.
teringat pulak ebal, okgo dengan arip ada karok lagu ni.

takpelah, aku update lirik lagu je lah.
lirik dia sangat deep bila dihayati.
macam kena pulak dengan situasi aku.
okey nak tidur. kalau boleh tidurlah. bye

Monday 3 December 2012

Malam ni air mata menitis kerana rindukan kau.

aku buka facebook
aku nampak kau
terkadang aku rasa aku kuat
aku rasa aku macam dah move on

tapi tak.
aku masih belum move on.

aku refresh profile facebook kau
ternampak favourite quote kau
aku dah pernah nampak quote tu
tapi malam ni
air mata aku bergenang bila terbaca quote itu.

aku pasang lagu kat windows media player
lagu di kalung kasihan
aku masih okey.

lepas tu lagu tercipta untukku
dah berapa juta kali aku dengar tiap-tiap hari
tapi tadi tak semena-mena air mata aku mengalir.
sebab aku teringat
aku pernah nyanyikan lagu itu untuk kau.

next song, awan nano
air mata terus menerus mengalir
teringat kau pernah kata pada aku
kau suka lagu itu.

then lagu penghujung cintaku
lagu simbolik bagi aku
.

damn
ini semuanya lagu-lagu mengingatkan aku pada kau
belum lagi aku terdengar lagu-lagu kegemaran kau yang lain
aku mengelak dengar suriafm
sebab banyak sangat lagu kegemaran kau ada kat situ

okey air mata dah berhenti mengalir.

ingat tau
kau tak bersalah
aku yang salah.
aku yang tak move on.