penagih--penagih belog ini.

Tuesday 26 March 2013

Sendiri lagi.

25 Mac 2013

Dia:
thank you very much to you.
for everything you've done.
goodbye.

Aku:
ok. bye.

Dia:
get lost k. :)

Aku:
ok.

Dia:
kalau you sayang i, macam biasa lah,
block dia dari Facebook you.

Aku:
i dah block dia dari awal lagi.
sebab i tahu dia berniat tak baik terhadap kita.
tapi i rasa i sedar diri siapa i kan.
sorry for disturbing you.
lepas ni i tak kacau you dah.
thanks for everything.

Dia:
ok.






p/s: aku kehilangan dia selepas 3 hari menyulam cinta. peritnya hati ni tak tahu nak cakap macam mana. dia dah selamatkan aku dari derita, kemudian dia juga campakkan aku ke lubuk derita itu semula. im hurt, dear. kenapa you mudah sangat terpengaruh dengan cakap org lain? kenapa? :'(








Tuesday 19 March 2013

Kau dipaksa, aku terpaksa.

Hati siapakah mampu menahan rasa terkilan
Setelah percintaan dihujani halangan
Sia-sialah aku berkorban selama ini
Andai dirimu tak mampu aku miliki.

Pernah jua ku terluka dihiris belati tajam
Walaupun rasa pedih masih mampu ku menahan
Tapi kini aku luka erti luka perasaan
Walaupun tak berdarah bisa buat aku gundah.

Kutahu cintamu amat kuat untuk diri ini
Namun tak memberi erti
Jurang pemisah di antara kita
Makin hampir ketara.

Korus
Hina sangatkah aku pada pandangan keluargamu
Hingga sewenang tohmahan dilemparkan
Engkau hanya bisu melihat aku
Yang bermatian seorang menepis hinaan

Oh kasih andai ini kesudahan
Ikhtiarku tiada lagi
Walau kita saling sayang
Terpaksa kuundur diri
Agar tiada pihak terluka kerna kita.
 
Kau dipaksa lupakan aku
Dengan rela kau menurut
Ku terpaksa lepaskan mu
Walau sayangku bertaut.



p/s: aku is repeating lagu ni berulang kali. aritu masa karok lagu ni, air mata aku menitik masa masuk part korus. k sekian, bye.

Thursday 14 March 2013

14032013 secara rawak. :)

assalamualaikum
ni aku dalam Dewan Melati
pensyarah dok membebel pasal praktikal kat depan
aku dok berbual dengan Wahida kat belakang
mesyuarat sulit uolss.
kakaka

aku just nak update random je lah pasal aktiviti aku:

1. esok aku akan gi interview SPA. moga-moga semuanya lancar lah. dokumen penting aku masih belum setelkan sepenuhnya. karang petang-petang sikit kot aku belek balik.

2. aku call ebal semalam. alhamdulillah rasa lega bila dapat dengar suara dia, dapat berkongsi cerita dengan dia dan the most important thing aku lega kami boleh berborak macam dulu-dulu. :)

3. hujung minggu ni member aku ajak gi Melaka. bercuti katanya. aku ni berbelah bagi jugak ni sebab duit tak berapa nak ada, esaimen berlambak-lambak. tapi aku dah cakap confirm pergi. zzzzzzz. entahlah, layankan je kot. sabtu ahad je pun. hee

4. minggu depan 210313, aku kena jumpa Dr Khuzaimah sebab nak mintak laporan perubatan. Unit Peperiksaan dan Hal Ehwal Pelajar kolej aku mintak laporan perubatan sebagai bukti aku tak hadir kuliah sebab sakit, bukan sebab sengaja ponteng.

5. mulai 010413, aku akan praktikal. sebulan wei. harap-harap diorang kt tempat praktikal tuww baik hati belaka. berdebor gak dada ni nak ngadap super senior ni. hukhuk

k tu je kot. bateri laptop nak habes. bye korang.

:D