penagih--penagih belog ini.

Wednesday, 17 April 2013

Bisikan doaku dalam butiran tasbih. :)


Assalamualaikum warahmatullah..

3.50 petang
Aku kini berhibernasi di bilik rehat sahaja.
Tak mampu aku pulang ke bilik sendiri
Kerna tak larat nak hadap pelbagai soalan kenapa di mana siapa berapa bagaimana
Yang akan dilemparkan oleh rakan sebilikku, Kak Amy ke aku.
Ah lupakan lah hal aku yang itu.

Yang sebenarnya aku nak short update je
Dah lama kan tak share perkembangan diri dalam blog ni
Ok lets go!

1.      Esok pukul 12.00 tengahari, aku dipanggil untuk menghadiri temuduga untuk bekerja part-time di Restoran Ikan Bakar Abang Burn. Waktu bekerja 4.00 petang-10.00 malam. Sedang eloklah bagi aku. Hmmm Restoran itu terletak di Cheras Perdana. Celah mana Cheras Perdana tu pun aku tak tahu lah. Takpelah, boleh kot cari. :)

2.      Praktikal aku berbaki lagi 9 hari. Guess what, aku hanya hadir praktikal 4 hari sahaja. Kenapa? Nanti-nantilah aku cerita.

3.      290413 ni, aku dikehendaki hadir temuduga untuk Diploma Nursing S.P.A. Alhamdulillah ini kira masuk kali ketiga dah aku dipanggil. Harapnya ada rezeki aku untuk masuk dalam bidang kejururawatan ni. Amin ya Robb.

4.      Aku tidak layak mengundi. Pfttt. Penat-penat je pergi mendaftar kat pejabat pos itu hari. 

5.      Hampir 2 minggu aku tidak menghubungi keluarga, rakan-rakan sekelas dan pensyarah aku. Malah siap menghilangkan diri. Kenapa? Haa itu pun nanti-nantilah aku cerita.

6.      Elaun aku dapat RM3,000 awal April haritu dah habis licin semua sekali. Gila lah aku pun tak tahu la kenapa boros sangat aku ni. Uhuk



Okey, itu je kot, pape nanti aku update lain pulak.
Jaga diri baik-baik ya. Sayang korang semua sangat-sangat.
Muahh! :D


No comments:

Post a Comment