penagih--penagih belog ini.

Wednesday, 16 November 2011

trauma yang melanda.

alhamdulillah,tamat sudah paper exam yang second last
esok akan merdekalah aku lepas jawab last paper
yeayy!
:D

tapi
di saat aku sedang meniti kebahagiaan ini di samping si dia
seorang demi seorang sahabat aku ditimpa dugaan
nak tak nak
aku perlu beri sokongan pada mereka

dalam masa satu hari
aku dengar 3 khabar tak berapa best
first, kawan baik aku
aku panggil dia nanad
nanad bergaduh besar dengan bf dia
padahal diorang dah 2 tahun kapel
dan sangat sehati sejiwa
em nanad tgh down sekarang
aku tau dia perlukan aku utk comfort dia
sabar ey nanad, nanti aku topap enfon aku
aku call kau tau.

khabar kedua, kawan forum aku
aku panggil dia syam
syam ni tersangatla famous amous gile dlm kampus aku
tapi yang hairannya
aku tak kenal dia langsung
dia junior aku
dan kami akhirnya bertentang mata
hanya bila aku menyertai pertandingan forum yg akan berlangsung pd hari sabtu minggu ini

aku sangkakan hidupnya bahagia
kerana dia memiliki wajah yang jambu dan ceria
tapi sebenarnya tanggapan aku salah.
dia mengalami trauma bertahun-tahun
selepas kehilangan sahabat baiknya yang meninggal dunia sebab dilanggar lori treler
aku lihat wajahnya yang sentiasa manis tersenyum bertukar menjadi muram secara tiba-tiba
tatkala dia menceritakan balik tragedi ngeri itu
menyesal pula aku bertanya macam-macam tentang dirinya.
aku tak sangka
maafkan aku syam
dan aku harap kau kuat dan tabah
aku sentiasa ada jika kau perlukan teman untuk mendengar.

yg ketiga, kwn sekolah aku,izzah
izzah ni kapel kwn sekelas dia dlu
kira bf dia aku kenal ah
skang ni hubungan dia dan bf hambar
sebab bf dia tgh patah kaki skang
punca patah kaki sebab bf dia eksiden masa on the way nk gi umah izzah tu la
semalam aku dok mesej2 dgn izzah tanya perkembangan kesihatan bf dia
dan aku tak sangka izzah down
izzah mcm dah nak give up dgn bf dia

aku mcm seriously tak sangka ah
loving kapel dah 3 tahun lebih kot
dgn izzah pun,aku pesan
be strong
dan keep thinking positive
dalam perhubungan, mesti Allah akan uji
nak tgk sejauh mana kita ikhlas dlm percintaan sesama manusia.
izzah mcm dah ok sikit lepas aku ckp mcm tu
lega aku.

hurm
nampaknya semua orang sedang dilanda kemurungan.
aku?
setakat ni ok je
moga-moga berterusan lah sampai bila-bila,
amin.

6 comments:

  1. Andai kita pendengar yg setia...
    Hulurkanlah segala deria..

    Ingatlah apabila kita menenangkan kawan, sebenarnya kita akan berganda rasa puas itu...


    Tapi untuk kawan lelaki itu lain... Kerana Allah menetapkan batas.. Akan wujud tarikan di antara lelaki dan perempuan....


    Moga segala kenpbikan kamu Allah bagi berganda nikmatnya untuk kamu nanti.. Itu doa tea sedap..

    ReplyDelete
  2. Erti hidup itu adlah musibah..
    bila dugaan dtg..
    perlahan2 hijab tbuka..
    bila sedih melanda..
    perlahan2 kt mcari diri kan..
    Smg hidup sentiasa diberkati olehNya..

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih kerana sudi ziarah blog saya... Done follow you.. :)

    ReplyDelete
  4. Mencintai dan dicintai memang satu perasaan yang cukup indah..

    Lebih indah jika yang dicintai adalah yang benar-benar halal untuk si pencinta..

    salam ziarah..^^

    ReplyDelete
  5. dugaan Allah berikan dalam pelbagai rupa dan bentuk...

    yang penting adalah kekuatan kita menghadapinya...

    selainnya adalah doa seiring dengan usaha menghadapinya...

    aihh....cam best je...

    ReplyDelete
  6. eeeh ,
    ade aku ah . hakhak :p
    mekaseh sayam .
    muuah xoxo

    ReplyDelete