penagih--penagih belog ini.

Wednesday, 30 November 2011

kembali merindu.

assalamualaikum
fuhh bersawang blog aku ni
bukan saje-saje
memang teramat lah sibuk kebelakangan ni

aku baru je tiba di kampung halaman
lepas tunggang terbalik pergi kursus Biro Tatanegara baru-baru ni di Langkawi
aku taknak pergi sebenarnya
tapi bila kenang nama dah masuk shorlist
hentam je la
overall,kursus BTN best je
kenapa ada orang boikot kursus bagus cmtu?
pelik pelik.
=.='

dan alhamdulillah
tarikh hari ini
30112011
menandakan genap sebulan hubungan yang terbina
di antara aku dan dia
aku bersyukur
kerna dalam masa sebulan
banyak kenangan suka duka kami cipta bersama

alhamdulillah juga
kedua ibubapa si dia menerima aku dengan baik
aku dilayan bak puteri tatkala aku singgah melawat rumah si dia baru-baru ni
adik beradiknya juga semua best-best
semua satu kepala dengan aku
aku terasa dunia ini indah kembali
pabila meluangkan masa bersama mereka
:')

namun
hubunganku dengan mama
nampaknya semakin goyah
entahlah.
aku penat dalam mengejar kasih abadi seorang ibu.

teringat aku bait-bait lirik lagu Ombak Rindu
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku..


aku rindu mama.
mama,maafkan dosa-dosa kakak.
kakak rindu sangat kat mama.
please jangan seksa kakak lagi.
:(


Wednesday, 16 November 2011

trauma yang melanda.

alhamdulillah,tamat sudah paper exam yang second last
esok akan merdekalah aku lepas jawab last paper
yeayy!
:D

tapi
di saat aku sedang meniti kebahagiaan ini di samping si dia
seorang demi seorang sahabat aku ditimpa dugaan
nak tak nak
aku perlu beri sokongan pada mereka

dalam masa satu hari
aku dengar 3 khabar tak berapa best
first, kawan baik aku
aku panggil dia nanad
nanad bergaduh besar dengan bf dia
padahal diorang dah 2 tahun kapel
dan sangat sehati sejiwa
em nanad tgh down sekarang
aku tau dia perlukan aku utk comfort dia
sabar ey nanad, nanti aku topap enfon aku
aku call kau tau.

khabar kedua, kawan forum aku
aku panggil dia syam
syam ni tersangatla famous amous gile dlm kampus aku
tapi yang hairannya
aku tak kenal dia langsung
dia junior aku
dan kami akhirnya bertentang mata
hanya bila aku menyertai pertandingan forum yg akan berlangsung pd hari sabtu minggu ini

aku sangkakan hidupnya bahagia
kerana dia memiliki wajah yang jambu dan ceria
tapi sebenarnya tanggapan aku salah.
dia mengalami trauma bertahun-tahun
selepas kehilangan sahabat baiknya yang meninggal dunia sebab dilanggar lori treler
aku lihat wajahnya yang sentiasa manis tersenyum bertukar menjadi muram secara tiba-tiba
tatkala dia menceritakan balik tragedi ngeri itu
menyesal pula aku bertanya macam-macam tentang dirinya.
aku tak sangka
maafkan aku syam
dan aku harap kau kuat dan tabah
aku sentiasa ada jika kau perlukan teman untuk mendengar.

yg ketiga, kwn sekolah aku,izzah
izzah ni kapel kwn sekelas dia dlu
kira bf dia aku kenal ah
skang ni hubungan dia dan bf hambar
sebab bf dia tgh patah kaki skang
punca patah kaki sebab bf dia eksiden masa on the way nk gi umah izzah tu la
semalam aku dok mesej2 dgn izzah tanya perkembangan kesihatan bf dia
dan aku tak sangka izzah down
izzah mcm dah nak give up dgn bf dia

aku mcm seriously tak sangka ah
loving kapel dah 3 tahun lebih kot
dgn izzah pun,aku pesan
be strong
dan keep thinking positive
dalam perhubungan, mesti Allah akan uji
nak tgk sejauh mana kita ikhlas dlm percintaan sesama manusia.
izzah mcm dah ok sikit lepas aku ckp mcm tu
lega aku.

hurm
nampaknya semua orang sedang dilanda kemurungan.
aku?
setakat ni ok je
moga-moga berterusan lah sampai bila-bila,
amin.

Tuesday, 8 November 2011

selamat ulangtahun kelahiran.

hari ni hari selasa
bertarikh 08112011
dua orang yang pernah menjadi sangat penting dalam hidup aku
menyambut kelahiran pada hari ini.
seorang lelaki dan seorang perempuan.

birthday boy , i called him ama
dia sekelas dengan aku
satu ketika dulu
tidak aku nafikan
aku crush kt dia
agak lama la aku crush
daripada awal 2010 sampai la pertengahan tahun ini
bagiku
dia pakej sempurna
walaupun ada sikit-sikit cela
takpe,biasalah kan

aku da siap jumpa parents dan siblings dia
dia pun da jumpe parents dan siblings aku
bagi aku,itu petanda yang baik
tapi sekarang hati aku sudah tawar terhadapnya
ada beberapa perkara yang membuatkan aku terkilan dengan dirinya
mungkin kau anggap aku kawan je kot
mungkin aku yang overthinking.
entahlah.

tapi yang pelik, dia pulak semacam je bila dengan aku sekarang
is it kau pulak crush dengan aku,ama?
kalau tak,alhamdulillah
kalau ye, satu je ah aku nak cakap
hati aku sudah dimiliki dan kau terlambat.
happy birthday.
:)

birthday gurl pulak
i called her zati.
she is my ex-roomate
memang aku sayang gile kt dia till now
tapi again sayang aku dah tak mcm dulu.

aku terkilan bila kau bermuka-muka dengan aku
kau dedahkan aib aku
kau berkira dengan aku
ye,memang kau banyak berjasa pada aku
tapi once kau mengungkit
aku sangat terluka.

sekarang ni aku mmg terpaksa susahkn kau balik
but bila aku da ada kewangan stabil
aku akan bayar segala hutang
dan takkan ganggu kau dah.
happy birthday to you,dear.
:)

indah kan dunia persahabatan?
you smile i smile.

Monday, 7 November 2011

tanpamu.

alhamdulillah
selesai sudah hari raya korban
bagiku hari raya yang bermakna
kerana dia sentiasa di sisiku
walaupun tiada di depan mata.
:')

walaupun kadang kala aku merepek cakap bukan-bukan
fikir bukan-bukan pasal hubungan kami
namun
dia melayanku dengan matang
dan aku pun tak jadi nak mengada-ngada sangat.
hehe

mungkin
orang akan kata
baru bercinta memanglah begitu
ye,aku tahu
hubungan cinta kami masih hijau
baru berusia 8 hari

tapi entah.
aku semacam sudah kenal dengannya lama
umpama aku pernah bertemu dengannya sebelum ini.
aku dan dia cukup banyak persamaan.
adakah ini kebetulan atau takdir yang Allah tetapkan?
aku tidak tahu.

semalam,
dia mengadu padaku
dia penat sangat bekerja di Singapura
walaupun gaji besar namun tiada kehidupan
dia nak berhenti kerja.

aku tak terkejut
sebab kebelakangan ni
memang dia macam tak berapa nak cergas
demam-demam, tidur siang lama sangat
aku tahu dia penat.
sebab tu aku biarkan je
tapi tak sangka la dia nak berhenti.

aku doakan dia dapat kerja baru yang lebih bagus
kalau gaji kecil pun tak mengapa
asalkan halal.
ameen.

btw, belum terlambat lagi kan nak wish
salam raya korban kepada rakan-rakan beloggers semua
semoga kita semua
dapat menghayati erti pengorbanan Nabi Ibrahim ke atas anaknya, Nabi Ismail
moga kita mampu berkorban dengan ikhlas seperti para Nabi terdahulu.
:)

Friday, 4 November 2011

i wish you were here.

aku sayang dia sangat sangat
dia memang lelaki yang aku cari selama ini
aku sebenarnya serik sudah nak berkasih sesama manusia
namun dia mengajarku erti tabah dan kasih sayang sejati
dia membuatkan aku kembali rasa ingin hidup di atas dunia
yang penuh dengan manusia yang kejam dan tidak berhati perut
sungguh dia penawar yang aku cari selama ini
terima kasih Allah.

subuh tadi,
sekali lagi dia yang gerakkan aku
supaya aku dapat menunaikan solat Subuh
aku bahagia
sebab sebelum ni
tiada siapa yang peduli
aku solat atau pun tidak
tapi dia
dia jaga amal ibadatku yang utama itu
meski dia pun masih bertatih dalam bab solat
namun keprihatinan dia kepadaku
membuatkan aku bertambah sayang pada dirinya
terima kasih Allah.

mak dia berjaya menghidu hubungan kami
aku segan sebenarnya
tapi dalam masa yang sama bahagia
sebab mak dia sporting
mak dia siap nak sembang sembang dgn aku terus
tapi dia mengelak tak bagi
malu lettew
hihi
terima kasih Allah.

aku bersyukur atas secebis kebahagiaan yang kau kurniakan kepadaku ini,ya Allah
walaupun mungkin ini cinta sementara
namun aku bahagia.
aku takkan sia-siakan peluang ini.
permudahkan dan berkatilah hubungan ini,Allah.
ameen.


mood :
tengah repeat lagu I Wish You Were Here berpuluh puluh kali. how i miss him damn much every single day. 

Thursday, 3 November 2011

7 Ciri-ciri orang yang mendapat Hidayah daripada Allah SWT. :)


  1. Golongan mereka yang terpilih untuk mendapat hidayah Allah SWT. Surah Al-A'raf ayat 178 dan Surah Al-Isra' ayat 97.
  2. Golongan yang memperolehi pengajaran daripada kisah-kisah Nabi serta kitab-kitab yang Allah SWT utuskan. Surah Al-Hadid ayat 26.
  3. Golongan yang hatinya tidak tertawan dengan tawaran dunia yang merugikan. Surah Al-Baqarah ayat 16.
  4. Golongan yang menyembah Allah SWT dan tidak mengikut hawa nafsu. Surah Al-An'am ayat 65, 55 dan 56.
  5. Golongan yang tidak membunuh anak dan tidak menghalalkan apa yang Allah SWT haramkan.
  6. Bersedia dan redha dengan pemberian dan dugaan Allah SWT. Surah Al-An'am ayat 82.
  7. Golongan yang tidak mengharapkan balasan sesama manusia. Surah Yasin ayat 20 dan 21.



aku mandul ke? taknak la cmtu. nak anak nanti. T.T

"Mengenali Potensi Diri Melalui Tarikh Lahir"


ANALISIS UMUM
################################

NO. PERIBADI    : 7

ELEMEN          : Air

CIRI UTAMA      : Kawan

SINOPSIS                : Disukai kerana terikan pengikut namun cerewet dan suka berhujah.

TAFSIRAN UMUM  : Suka berhujah, cerewet, popular, tarik penyokong.

WARNA SESUAI    : Biru dan hitam.

STATUS BMI      : 25 => Overweight (berat berlebihan). Senaman secara berjalan-laju selama 30 minit, 3 hari seminggu di samping mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang mungkin dapat membantu mengurangkan berat badan anda kepada berat yang ideal.

PENYAKIT UMUM   : Buah pinggang, pundi kencing, kemandulan, pembuangan air kecil yang kerap. <br>


PERINCIAN ANALISIS PERIBADI
################################
Seorang yang popular (samada disedari/tidak disedari). Penyokong/rakan anda akan membelakangi anda / disabotaj oleh penyokong anda. Penyokong akan memberi nasihat, peramah, sangat berkarisma, menarik penyokong dengan suara/personaliti. Penyokong anda akan membantu untuk mencapai kejayaan, penyokong menjadi rakan perniagaan. Penyokong akan datang dan pergi dengan mudah.

Sangat berdikari, namun ditikam belakang. Berjauhan (mental/fizikal) menyebabkan berpisah.  Bakat pada suara, boleh bercakap dengan laju, spontan dan berhujah. Cakap lepas dan pedas. Sesuai menjadi guru, pensyarah, penceramah, ahli politik, pemasaran, penyanyi. Bergaul dengan orang kenamaan/VIP, mudah mendapat kepercayaan orang atasan. Duit banyak dihabiskan untuk belanja orang atasan/kenamaan. Mudah disabotaj dan mensabotaj. Mempunyai daya tarikan yang tinggi, pelaris semulajadi. Mudah terbabit dengan cinta 3 segi, mudah disabotaj. Sesuai menjadi jurujual, agen pemasaran, ahli politik dan artis. Potensi mengumpul wang jika bekerja di luar (outstation). Pergerakan wang sangat aktif, wang mudah diperolehi tetapi boros. Cepat mencapai kejayaan tetapi cepat juga jatuh.


PERINCIAN ANALISIS KERJAYA
################################
(KERJAYA SESUAI)
Perniagaan berasaskan perkhidmatan, minuman, tenaga buruh, agensi pembantu rumah, makanan laut, perkapalan, loji janakuasa air, pakaian renang, agensi pelancongan, agensi insuran, pengurup wang, jual beli, pertunjukan kebudayaan, pengarang bebas, jurujual, peniaga gerai, penapis air, internet, ahli silap mata, stesyen TV, stesyen radio, penyampai berita, DJ, wartawan, posmen, pemandu, nelayan, ahli matematik, ahli falsafah, diplomat.

(KERJAYA TERBAIK)
Makanan, restoran, surat khabar, majalah, telekomunikasi, penerbangan, kargo, minyak dan gas, loji penjana tenaga, kabel janakuasa, bahan api, kosmetik, penjenamaan, perhubungan awam, pengiklanan, tenaga buruh, makanan segera, kantin, fesyen, pencahayaan, kedai serbanika, perhiasan pakaian, senjata, minuman panas, pereka, penulis, karyawan filem, jururawat, pengumpul dana, penyambut tetamu, ahli psikologi.


#analisis tentang diri aku kt atas ni ha 95% betul la bagi aku. cuma part mandul dan sakit buah pinggang tu aku cm tak boleh nak terima. aku nak ada anak kandung. aku nak ada anak dengan dia nanti. sobs :(

Cinta Muka Buku.

hubungan aku dan dia semakin serius
walaupun kami baru kenal sebulan
namun hati aku sayangkan dia bagaikan sudah lama aku kenal dia

dia tak baik sangat pun
dulu, perangai bawah sikit je dari shaitan
sebut je jenayah apa
segala jenis jenayah dia pernah buat
namun, kenapa aku tak gerun?
serius aku tak gerun
adakah aku sedang menempah bala?
entah,aku tiada jawapan.

yang pasti
kami berdua kerap menangis bersama
aku fobia ditinggalkan
dia pun begitu jua

aku sayang sangat kepadanya
aku tak sanggup jika ditakdirkan kami sebenarnya tiada jodoh untuk bersatu
perkara ini telah kami bincang bersama
dan dia juga takut
tapi dia open minded
dan berjanji kepadaku
takkan kembali pada zaman kotornya.

Alhamdulillah
setelah sekian lama dia tidak solat
subuh tadi
dia solat
lepas solat
terus dia call aku
aku terkejut kerana jam baru menunjukkan 5.50am
awal sungguh dia bangun

tapi dia macam sentap dengan aku
aku pelik
lantas selepas aku selesai solat
aku bertanya adakah aku telah mengguris hatinya
jawabnya
dia sedang menangis sebenarnya
terharu dapat solat kembali selepas 5 tahun tidak bersolat

aku terharu.
aku turut menangis
Allah,kau satukanlah kami
aku tak kisah cepat atau lambat
tapi izinkan aku bahagiakan hatinya
aku sayang dia kerana Kau.

:')