penagih--penagih belog ini.

Wednesday, 25 July 2012

misscalls dari awak.

230712
3.46 pagi - 1 misscall dari awak

240712
2.18 pagi - 1 misscall dari awak

haih
dua hari berturut-turut
dia call aku tapi aku tak sedar.

entah kenapa la aku tak sedar time dia call aku
yang buat aku geram dengan diri aku sendiri tu, 
aku tersedar dalam 15-20 minit lepas misscall dari dia
aku nak call dia balik dah la tak boleh sebab kredit expired
dah elok2 dia call, aku pulak tak angkat
>.<

sorry awak
kita dah la jarang nak ber-call dah sekarang
bole pulak jadi camni .
teruk kan fara ni?
huuu

esok hari rabu.
kena kuatkan semangat pergi kelas.
encik haris nak jumpa aku
pasal kes ponteng tu la
tah bile aku nak pegi jumpa dia.
maybe jumaat kot.
kot la.

laptop kat icu pun da sihat.
nanti la aku amek.
rabu kames kelas direct dari pagi sampai ke petang.
penat seh.

#kpd semua, selamat tambah ibadat di bulan ramadhan. <3












Wednesday, 18 July 2012

Abah.

assalamualaikum
baru kejap tadi abah send mesej ramadhan kat aku
mesej simple je tapi tersentuh lak hati
huuuu
tetibe aku terasa nak cerita pasal abah aku lak.

sebenarnya,
hubungan aku dengan abah tak la rapat sangat sekarang
tapi satu benda yang aku perasan dari dulu
bila abah tunjukkan dia 'care' kat aku
automatically aku akan tacing.

contohnya,
kalau orang lain bapak dia cakap 'belajar rajin-rajin'
mesti rasa cam cliche je kan
tapi aku
kalau abah aku cakap camtu kat aku
memang aku rasa tacing la.
sebab abah aku jenis susah nak tunjuk dia care.

somehow,
aku selalu gak bergaduh dengan abah dulu
tapi deep in my heart, aku tetap sayang kat abah aku.
*wuuu air mata bergenang pulak da T.T

walaupun aku tak rapat dengan abah,
aku rasa abah sentiasa ada bila aku susah
since dari aku kecik lagi.
aku ni dari kecik asek sakit-sakit
pukul 2-3 pagi tetiba asthma
pukul 2-3 pagi tetiba muntah
mama aku memang label aku 'taik penyakit' je dulu.
tapi abah sentiasa sabar bawak aku pegi hospital.
memang abah la orangnya.

bila aku da besar ni,
aku rasa aku masih tak mampu menyenangkan abah.
even kalau aku nak balik rumah pun,
masih lagi abah yang fetch aku dari asrama.
nak harap aku?
lesen kereta sampai sekarang pun tak berambik.
aku memang very very a loser girl . wuwu

aku banyak ambil perangai abah sebenarnya.
sebab tu bila mama dok condemn abah
aku just tadah telinga je la
sebab perangai aku=perangai abah.

abah, kakak sayang abah.
maafkan kakak sebab selalu ego.
maafkan kakak sebab bertekak dengan abah satu masa dulu.

*air mata dah menitik. haih.








Thursday, 12 July 2012

esok nak bertolak ke kuala gula, taiping.

bile jiwa kacau cmni
selalu pulak aku update entry
burr

walaupun tadi aku terpaksa sain borang salah laku
walaupun aku tau aku bakal berdepan musibah besar lepas ni
walaupun makin lama aku rasa semakin awkward 
nak berdepan bebudak kelas dan ustaz mat dan encik zain
esok pagi aku kena gak buat-buat macam takde apa berlaku
sebab esok ada program anak angkat kat kuala gula
kelas aku bergabung dengan kelas fathul.

aku harap program esok 
dapat meniupkan semangat baru untuk aku.
dapat meningkatkan balik iman aku
dapat memperbaiki skill komunikasi aku yang semakin penyenyap
sungguh aku senyap sekarang ni
dan lebih banyak memencilkan diri

to fanad, esok aku berada dekat je dengan kau.
kalau free, lawat la aku kat rumah family angkat aku.

*beria je. padahal aku duduk sana 2 hari je pon = ='

hari isnin or selasa next week
aku rase macam nak jumpa kaunselor
aku sekarang tengah 'sakit'
aku rasa lemah, takde semangat
dari sem lepas aku sedar benda ni
tapi sampai sekarang aku pendam.

ya Allah, 
permudahkanlah urusan aku.
kuatkan hati aku
aku tau aku selalu melupakanMu
ampunkan aku,ya Allah. 
hurm.

p/s: aku ada penyakit suka tak angkat call orang. terutama kalau budak kelas aku yang call.
      camne nak sembuhkan penyakit ni ha? makin lama macam makin teruk. im very the loser :|


mimpikan si dia (110712)

semalam aku tak attend class.
aku rase tak sedap badan
so sepanjang aku tak pergi kelas
aku nak gi klinik tapi rase macam malas nak gerak amek borang sakit bagai
so aku just tidur je kat bilik.

time aku tidur tu
aku mimpi mama ajak pindah rumah baru
rumah baru tu macam kat luar negara
siap ada binatang banyak-banyak mcm kat safari park je
tapi binatang tu semua dalam bentuk kartun 3D
pastu tetibe belakang rumah aku ada gorila mengamuk meroyan tetiba
zzzz

tapi tah cemana tah
boleh pulak kitorang singgah kat satu homestay ni
homestay AH
aku ingat lg nama homestay tu sebab pelik dan pendek sangat =.='

ada family uruskan homestay tu
and yang tak sangkanya
kat homestay tu ada damia nurinsyirah
damia ni anak buah si dia
dalam mimpi aku tu, aku ngan damia rapat
kitorang ade la berbual sensama.

damia: nama kakak sape?
aku: kak fara. ingat lg ke?
damia: ouhh kak faraaa. ingat2. *sambil muka cute
aku: selalu org panggil damia ke syira?
damia: pak long panggil kite syira jeee. *buat muka cute lagik

lebih kurang gitu la dialognye
aku pun ingat-ingat lupe
then aku hug damia.
lama gak la.
rasa bahagia time tu
sebab kalau realitinya aku tak la rapat sgt ngan damia
just pernah jumpa sekali je
:)

then damia mintak nak makan.
aku layankan je lah.
pastu dia maen laptop ke ape tah.

dalam mimpi aku tu
mama damia ialah chuck lyssa.
chuck lyssa is ex-gf si dia
dan dlm mimpi tu
gayanya mcm lyssa tu ada something special dengan si dia
maybe wife ke lebih kurang cmtu la

tapi ending mimpi aku tak best
and menyedihkan.
tuptup ada seseorang yg penting dlm hidup aku meninggal dunia.
meninggal sebab eksiden.
berdarah-darah.
aku tengok depan mata sambil dukung damia.

tak lame pastu aku pun terjage dari tidur.
bangun dari tidur terus berdebar-debar dada.
haih. entahla kenapa aku mimpi camtu.

aku doakan dan harap sangat
orang yg meninggal dalam mimpi aku tu
dipanjangkan umurnya
dan dilindungi dari kecelakaan.
aminn.



Wednesday, 11 July 2012

nak call dia tapi.......

dari pukul 9.00pm tadi
sampai lah sekarang
aku rase nak sangat call dia
entah la kenapa

tapi
aku takut.
aku takut aku mengganggu dia
kalau based on status kat fb tadi
aku tau dia sedang berdota dengan kawan2
tapi tak tau lah kot dia dah habes berdota.
aku tak mau mood dia berubah
disebabkan aku.

hurm
lama sungguh aku tak call dia
last masa 2 minggu lepas kalau tak silap
itupun dia macam tak sudi dah nak bercakap dengan aku
:(

setiap hari aku teringat kat dia
tak mampu aku lupakan dia
terkadang memori manis antara aku dan dia ter-flashback di kepalaku
bahagia sangat masa tu
:')

dia minta aku lepaskan dia
tapi masalahnya
mampukah aku melepaskan dia?
sampai sekarang aku masih tidak mampu

aku harap masih ada sinar harapan
walaupun kini segalanya tidak seperti dulu..

kreditku sudah expired kejap tadi.
aku hanya mampu merenung handphone aku.
sunyi.
sepi.
nak call dia dah tak boleh
nak text pun tak boleh.


wahai mataku,
harap malam ini
tidur lena itu milik kita.
 :\


p/s: maaf sebab menjiwa kacau kat sini. wuwu

Thursday, 19 April 2012

rindu. rindu sampai rasa nak turun jb. burrrrr~

assalamualaikum
nampaknya aku dah kurang ketagih menjadi blogger
tengok je la blog aku ni
bulan ni je baru berapa aku update entry
maybe sebab hidup aku macam tak tentu arah je kot
so tataw nak cerita apa
=.='

hari ni dan semalam
keinginan aku nak pergi johor bahru tersangatla kuat
serius kot
tapi terpendam setakat keinginan
bila nak melaksanakan aku macam stuck pulak
*apebenda ayat aku taip ni? zzz. abaikan. =.='

aku ada cakap kat sweetheart
aku rase nak pergi jb
tapi dia cakap tak payahla
huhu

aku faham dia pun tengah sesak
gaji tak dapat lagi
maybe sebab tu dia berat hati

dan
aku tahu risiko kalau pergi jb
tapi........................

arghhh
kenapa la perak dengan johor tu tak berjiran je?
kan senang nak visit memvisit
pffft~


p bisik kat s:
rindu awak sayang. rindu awak jugak fanad sayam <3

Tuesday, 3 April 2012

aku dah susahkan hati semua orang :(

aku tak tau nak cakap macam mana
aku tak faham kenapa aku selalu sangat menyusahkan hati orang
banyak kali sangat
damn, i hate myself
:(

tadi 
nak dekat dekat pukul 10pm
tanpa disangka-sangka
mama datang asrama aku
aku ingatkan sape la ketuk pintu bilik
aku selamba je biarkan

sekali yang masuk 
MAMA
omaigod
macam mane mama boleh datang ke asrama?
wuwu

rupenye mama datang sebab risau
mama cakap ada kawan kawan aku call enfon dia
diorang cakap aku tak datang kelas

memang aku tak datang kelas pun
hurmmm
tetibe aku menyesal tak datang kelas minggu lepas
aku tak tahu la apa masalah diri aku minggu lepas
sampai sanggup berkurung dalam bilik
tak pergi kelas
tak makan minum

and now
mama risau
sampai datang asrama
mama cakap mama letih letih dari balik sekolah
tak sempat nak makan ape sume
terus datang asrama aku
risau aku hilang entah kemana
wuwu
maafkan kakak sebab dah buat mama susah hati
kakak dah banyak kali susahkan mama abah
 :'(

teruknye aku
aku dah buat semua risau
mama risau
abah risau
classmate risau
fanad risau

to fanad, sorry tak angkat call kau
aku tau kau pun risau 
and kecik hati
tapi aku tak berdaya
aku taknak pura-pura okey depan kau
kau tunggu aku setel semua
nanti aku call kau
aku sayang kau fanad :'(

to sweetheart,
thanx sebab sabar layan karenah tak matang fara ni
harap keadaan tak stabil ni akan berlalu segera
iloveyousomuch :'(

sampai bila kau nak hidup dalam masalah, fara?
sampai bila?
hurmmm~