penagih--penagih belog ini.

Friday, 8 April 2016

Pencarian cinta aku berakhir setakat ini. Alhamdulillah bertemu cinta sejati. Hikss

Assalamualaikum korang
Ya Auloh lamanya aku tak update blog
Padahal kanmain dulu mampu update 2-3 entry sekali hadap
Kikiki

Cuma nak share kat korang,
Tak lama lagi aku bakal berkahwin
Finally kan?
Hehe

Siapa sangka aku yang patah hati dulu, takde arah tuju,
Bertemu dengan seseorang yang sangat sayangkan aku
Sedangkan aku selalu rasa aku tak layak untuk dia
Dia sangat gentleman, walaupun tau perangai aku ni macam mana
Yg degil, yg ego, yg garang, yg tak reti masak
Huhuhu

Oh lupa nak kabor.
Ni bukan mamat Kajang tu
Kitorang putus dalam tahun lepas
Takde jodoh kot, walaupun aku cuba bertahan.

Yang tunang aku sekarang totally orang lain
Seorang yang aku tak sangka dia lah jodoh aku
Punya dekat rumah dia dgn aku. Hahaha
Penat je tau cari jodoh sana sini dulu. Lol

Kitorang bertunang bulan Januari itu hari
Majlis simple-simple je
Tapi tetap meriah gitu.

InsyaAllah bulan 5 ni aku menikah sekali kenduri
Kiranya sekarang aku tengah mengira hari je lah
Tak tahu lah nak kabor apa perasan dia
Seronok tu memang lah, tapi sampai sekarang aku selalu tanya diri sendiri
Aku ni dah ready ke belum nak jadi isteri orang?
Huhu

Tapi bila renung muka tunang lama-lama
Muka dia yang sejuk dan redup
Aku yakin aku boleh hadapi masa depan dengan dia
Dia terima aku seadanya, tak pernah minta aku jadi orang lain
Itu penguat aku untuk berfikir positif utk masa akan datang.
InsyaAllah

Aku nak jemput sebenarnya kawan-kawan blogger aku
Yang selalu support aku masa aku down dulu
Datang ke kenduri aku
Di Simpang Pulai, Ipoh.

Kad kahwin dah siap
Boleh sangat je nak pos kat korang
Cuma aku la takde alamat korang
Achaner?
Kalau korg sudi, drop la alamat kat komen ya.
Serius teringin nak jumpa.
:D

Btw, terima kasih atas doa dan dorongan kalian
Kini aku kembali bahagia.
Terima kasih sangat-sangat.
:)