penagih--penagih belog ini.

Wednesday, 12 November 2014

Cinta aku, cinta empat segi.

Assalamualaikum.
Sekarang aku kat bilik tv.
Terlelap semalam ralit dok online sambil dengar lagu dlm tv.
Huhu.

K bukan tu aku nak ceritanya.
Ceritanya aku nak update sikit kisah pasal aku,
Cinta 4 segi.
Kau rasa?
Huhu

Actually bukan niat aku pun,
Tapi sejak aku single sekejap lepas raya haritu,
Aku mcm berkawan je dengan ramai orang.
Masalahnya pihak sebelah sana jadi macam tersangkut la pulak.
Tapi kalau tanya aku, hati aku pada seorang je.
Iaitu encik mamat kajang.
Dulu aku pernah mention pasal dia dalam entry sebelum ni.

Kitorang berkawan dah setahun setengah,
Tapi putus kejap masa raya Aidilfitri baru ni.
Sebab mak aku tak berapa suka dia.
So lepas tu aku single la ceritanya.
Dlm pada single tu, aku berkawan dengan orang Ipoh tu.
Dia ni pun aku dah mention jugak sebelum ni.

Dgn org Ipoh ni aku selesa sebenarnya
Terbit jgk rasa sayang tapi sekarang aku jadi tawar hati
Sebab dia buat aku umpama pilihan terakhir
Bila dah sunyi, baru nak cari
Dah seminggu berlalu, baru nak contact aku.
Alasan, tiap-tiap hari kerja malam.
Aku sebenarnya paling tak boleh terima sibuk tu tak boleh contact.
Sebab aku seorang yang sibuk dan workaholic jugak, boleh je aku contact orang.
Lagi-lagi orang yang kita sayang.
Kesimpulannya, aku tengah berkira-kira nak settle down dgn org Ipoh ni
Buat apa buang masa dengan orang tak reti menghargai cmni.

Ok next, abang bomba.
Dia ni pun aku tengok gaya buat aku sebagai pilihan terakhir.
Bila busy langsung takde contact.
Aku ni bukan jenis ngade-ngade.
Bukan nak mesej 24 jam, aku pun rimas,
Cukup la dalam dua hari sekali ke contact.
Sekadar nak tahu perkembangan hidup masing-masing.
Dgn abang bomba ni perangai dia dua kali lima dengan org Ipoh tadi.
Dengan dia ni, kami takde declare pape.
Mcm teman tapi mesra gitu je kot.
Mesra kewwww masalahnya?
Hilang sunyi sepi berminggu pastu baru nak cari bila dah bosan.
-_-

Cuma, minggu lepas abang bomba call aku.
Dia tanya 21hb ni aku free tak.
Aku cakap free je kot.
Dan dia kata nak ajak aku jalan-jalan kat Pangkor.
20hb tu dia baru habis kursus 3 minggu kat Terengganu.
So, katanya nak release tension.

Aku jadi macam......
Aku teringin,
Tapi aku dah rujuk balik dengan si mamat kajang tu.
Amboi kau kanmain rujuk. Hahahhaha

Yup, aku dah sambung balik dengan mamat kajang tu.
Baru jugak lah setelah bergaduh macam-macam mengungkit.
Jenuh dia memujuk aku cerita dia.
Hahahah

Jadinya, sekarang kasih dah bertaut semula,
Aku macam tak sedap pulak nak keluar dengan orang lain.
Walaupun aku sebenarnya dah lama ngidam nak mandi laut.
Pegi vacation jauh dari tempat orang.
Tapi tu lahhh timing tak cantik.

Kesimpulan di sini,
Setialah pada yang satu.
K tu je nak bagitau sebenarnya.
Hahahhaaha


p/s: Aku sebenarnya nak tengok siapalah jodoh aku yg sebenarnya. Penat bergelut dengan isu jodoh ni bertahun lamanya. Huhu