penagih--penagih belog ini.

Tuesday, 26 February 2013

Aku dapat panggilan temuduga SPA untuk kali ke-3. Alhamdulillah :')

Pusat Pergigian Kanak-Kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia (PPKK & KLPM) adalah merupakan satu-satunya institusi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertanggungjawab melatih Anggota Sains Kesihatan Bersekutu (ASKB) Pergigian yang terdiri daripada Jururawat pergigian, Juruteknologi Pergigian dan Pembantu Pembedahan Pergigian. 

Sejak ditubuhkan, PPKK & KLPM telah mengalami perkembangan serta mencapai kemajuan yang pesat dan telah berjaya menarik minat negara antarabangsa. Antara negara-negara yang pernah menghantar penuntut mereka ke institusi ini adalah Brunei Darussalam, Burma, Fiji, Guam, Hong Kong, Jepun, Repiublik Khmer (Kampuchea), Korea Selatan, New Zealand, Nigeria, Oman, Pakistan, Singapura, Thailand, Trust Territory of the Pasific Islands dan Vietnam. Kebanyakan para penuntut yang datang dari luar negera adalah di atas anjuran atau tajaan Pertubuhgan Kesihatan Sedunia (WHO) atau dibiayai oleh kerajaan negara itu sendiri.



HUBUNGI KAMI DI :

Pusat Pergigian Kanak-Kanak &
Kolej Latihan Pergigian Malaysia,
No. 3 Jalan Sepoy Lines,
10450 Pulau Pinang.

Telefon : 04-2299233
Faks : 04-2296313
E-mel : ppkkklpm@ppg.moh.gov.my
Laman Web : http://ppkkklpm.moh.gov.my




--------------------------------------------------------------------------------------------------------

ok yang atas ni aku kopipes je
dari website kolej pergigian penang tu lah kan
hurm aku pun tak sangka boleh pulak dapat offer SPA untuk kesekian kalinya.

dulu first time dapat masa tahun 2009
aku dapat offer interview Diploma Kejururawatan
tapi aku tolak sebab aku dah sambung belajar di kolej tercinta lah katanya.
second time, tahun lepas merangkap tahun 2012
aku dapat offer interview Diploma Kejururawatan sekali lagi
dan yang ni pun aku tolak sebab tengah serabut alam dengan macam-macam masalah.
>.<

dan tahun ni, lagi sekali mereka di SPA panggil aku
untuk offer Sijil Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
kali ni bukan lagi tawaran Diploma, tapi tawaran peringkat Sijil sahaja

ah pedulik apa aku
belajar 5 tahun setengah macam nak mampos
last-last tak dapat kerja
lebih baik aku try je interview SPA ni
meowwwww~

:D


p/s: 
akhirnya Rozita Che Wan dah bersetuju nak menikah dengan Zain Saidin uolsss. katanya bulan 7 nak langsung. tahniah k! hewhew


Monday, 25 February 2013

Kembali.

terlalu lama aku menghilang
kini aku kembali.

tiada lagi cinta silam
kini semuanya sudah berlalu.

aku tinggalkan semuanya
kini semua hanya tinggal kenangan silam.

dia bertemu cinta baru
aku juga begitu.

moga aku kekal bahagia bersama mereka
dan dilindungi senantiasa dari sakit dan bala bencana.
:')


Tuesday, 5 February 2013

Bisakah? :|

Pernah ku terasa ingin membawa
Cinta yang terlara ke titik mula
Kembali mencuba untuk kali kedua
Menggilapkan gerhana jiwa

Pernah ku terasa ingin merayu
Pada kasih dulu pulang padaku
Lupakan dosaku putihkan kelabu
Tenangkan amarahmu
Namun...

Bisakah yang terpadam dinyala?
Bisakah yang terhina dicinta?
Walau ku himpunkan sesalku,
Bisakah terbuka kalbu?

Naluri meminta kuungkap kata
Seindah bahasa janjikan setia
Akan bersemilah cinta di hatinya
Percaya ku semula
Namun...

Bisakah yang benci disayangi?
Bisakah yang dusta dimaafi?
Walau ku himpunkan sesalku,
Bisakah terbuka kalbu?

Bila senduku berlinang sayu
Dalam rindu, ku tertanya

Bisakah yang benci disayangi?
Bisakah hatiku difahami?
Walauku himpunkan sesalku,
Bisakah terbuka kalbu?







p/s: 
hidup aku penuh dengan persoalan yang tiada kesudahan. rasa nak salam tangan Tok Ti sekarang sebab nyanyi lagu ni. ambik semangat kata orang. kbai.