tepat jam 4 pagi 26082012
telefonku berdering
dan akhirnya
kisah aku dan kau kini tinggal kenangan
aku terpaksa melepaskan kau pergi
selepas berbulan-bulan hubungan kita tergantung.
jujurnya
aku juga masih sayangkan kau
tapi benarlah kata orang
bercinta tidak semestinya memiliki.
mungkin ini yang terbaik untuk kita berdua
aku sama sekali tidak menyalahkan diri kau
aku merasakan kegagalan cinta ini
berpunca daripada diri aku sendiri.
tidak mengapalah.
kepada kau yang pernah mewarnai kehidupanku
aku doakan kau ceria dan bahagia di samping keluarga dan rakan-rakan
aku doakan kau sihat senantiasa
aku doakan yang terbaik untuk diri kau.
terima kasih atas segalanya.
ketahuilah, di mata aku
kau istimewa
dan aku bertuah kerana berkesempatan mengenali kau. :)
kisah kita bermula dengan lagu 'Cinta Muka Buku'
dan berakhir dengan lagu 'Kosong'
kisah kita bermula dengan lagu 'Sofia Jane'
dan berakhir dengan lagu 'Teman Pengganti'
sungguh kebetulan.
klausa klise ada mengatakan
'life must go on'
mohon kekuatan diserap masuk dalam diri ini. amin
p/s:
entry ni agak berbaur peribadi. maaf zahir batin kalau kalau timbul rase menyampah.
selamat beraya dan berpuasa enam di minggu kedua syawal. burrr