penagih--penagih belog ini.

Thursday, 16 February 2012

tiba-tiba aku terasa kosong.

assalamualaikum
jam menunjukkan 1224pm masa aku mula-mula menaip entry ni
saje je letak time start tulis
sebab aku nak tau berapa lama aku siapkan entry merapu kali ni
:p

hurmm
sebenarnya aku terasa bosan
dah lama dah perasaan bosan ni bertandang
tapi aku just ignore je
tapi makin hari aku makin bosan

kalau dulu
aku selalu hilangkan bosan aku dengan shopping-menyopping
#err ade ke istilah menyopping tu? =.='
aku beli tudung baru
baju baru
kasut baru
blaus baru
cadar baru
semua la baru
tapi bukan la tiap-tiap hari aku buat cmtu
biasanya aku shopping secara berkala je
macam weekend or monthly la
untuk menghilangkan bosan
dan untuk naikkan semangat aku
:)

kebelakangan ni
memang aku perasan aku jarang bershopping
aku tahan keinginan tu
sebab aku nak merasa jadi orang yang pandai berjimat
aku nak gak merasa sampai hujung semester
aku masih ada duit elaun
dan tak payah bergantung pada duit mama abah.

tapi itulah
hidup berjimat ni membosankan
aku ni jenis tak kisah keluar belanja banyak
asalkan hidup aku berwarna-warni
ceria
happening
bertenaga
wah gitteww
haha

emm aku rase
petang jap lepas bank in duit kat abah
aku nak pergi shopping sikit la
maybe nak beli blaus baru or tudung baru.
harap-harap ade la yang berkenan kat hati aku
dan harap-harap dengan bershopping tu
mampu la menghilangkan rasa kosong dan bosan dalam hati aku skarang ni
pffttt~

okey habes menaip pukul 1241pm

#imissyou imissyou imissyou. kbabai.

khamis 16022012.

aku terjaga pukul 4 pagi
aku terus tengok enfon kat sebelah
alahai si dia misscall aku sampai 7 kali
sekali pun aku tak terdengar ringtone enfon aku
haihh.

pastu dia text kat aku:
"imissyou. sleep tyte, sayang. iloveyousomuch. 
moga dibuai mimpi yang indah2."


kesian dia
mesti dia tunggu aku terjaga tadi
entah kenapa
aku rase bersalah pulak bile terlelap tadi
padahal aku da cakap kat dia
aku nak tunggu dia balik keje malam nanti
tuptap aku pulak yang tido tak sedar-sedar

im so sorry, sayang.
;(

sekarang tengah hujan kat ipoh
aku sejuk
nasib baik ada kucing sudi temankan aku
bole aku peluk dia
nak curi haba badan dia
hee

hari ni aku nak bank in duit kat abah
harap-harap sejukla hati abah.

hari ni aku kena bentang 2 presentation kat kelas
rase macam dah lama tak berdiri depan kelas
dan bercakap.
hope semuanya ok hari ni.
amin.

Monday, 13 February 2012

aku takde facebook pun menjadi masalah kat korang eh? takpaham aku. =.='

assalamualaikum
fuuu akhirnya dapat jugak aku begolek-golek atas katil sambil ngadap laptop
rase lega gile
sebab hari ni jadual kelas penoh
bosan betol.

hari ni sampai 2 orang kawan sekelas aku suruh aku buat facebook baru
alasan diorang, susah nak contact aku
aku just cakap
"ha nanti la. tengokla macam mane. skang da jarang online".

hakikatnya actually aku ade je akaun facebook
tapi entah
aku tak terasa macam nak add diorang
macam fobia pun ade.
kot.

bagi aku,
cukuplah dulu je aku berkawan dengan korang dalam facebook.
bukan aku tak sudi, just berhati-hati
apa yang aku lihat
sepanjang 2 tahun setengah kita berkawan via facebook dan realiti
aku tak nampak istilah kawan susah senang tu bile dengan korang
even nak bertepuk tampar dengan korang pun aku rase pelik nak buat
janggal. ganjil.
serius itu yang aku rase.

mungkin depan korang
aku nampak ceria dan sentiasa tersenyum mesra
tapi dalam hati aku sebenarnya fobia nak beramah mesra dengan korang.
dulu pernah aku cuba mesra dan cerita hal-hal peribadi aku kat korang
tapi apa yang aku dapat?
korang tikam aku daripada belakang.
korang sebar aib aku kat lecturer dan mama abah aku.

haihhh.

terkadang aku macam tak percaya
aku menjadi watak utama
dalam kes tikam belakang ni.
entah, malas aku mengulas lebih panjang.

yang penting, aku takkan add fb korang.
aku takkan join private group kelas dalam fb yang korang buat.
aku memang nak biarkan diri aku ada privasi dan sedikit exclusive
nasib la kalau susah nak contact aku
aku kan retisss
lalalala.
:p


Thursday, 9 February 2012

haihh. duit oh duit. kenapa la kau tak turun dari langit je? penat ah nak pegi bankk segala. =.='

assalamualaikum
sedar tak sedar
aku dah seminggu tak hapdet blog
maaf tau belog
tak sengaje ignore awak
heee

berbalik kepada benda yang aku nak bebelkan
alkisahnya minggu ni aku dah dapat elaun
bukan minggu ni sangatla
actually since jumaat lepas dah dapat
aku bile tau je elaun dah masuk
terus aku cash out rm400
pastu mule la shoping tu shoping ni
bayar hutang segala
bayar duit kelas la duit lawatan la
tau tau masuk je jumaat minggu ni
dah nak habis dah rm400 yang aku cash out tu
gile cepat habes
CIS BENCI AHH!
#perlu ke nak capslock sangat? tah,lantak ah. stress kot. haha

dan nak buat lagi stress
kad atm aku boleh pulak hilang lepas aku cash out duit minggu lepas
pandai betul kad atm tu menyorok
tau tau je tuan dia ni gile boros punye orang
hakhak
kalau tak hilang kad atm tu, aku rase mau rm1000 habes tak sampai seminggu
sebab aku ni jenis kalau duit banyak memang sume benda pun nak beli
tapi kalau takde pandai pulak berjimat
haishh hairan hairan

banyak lagi benda tak setel
lesen kereta aku tak daftar lagi
itu mau makan rm600 something
cadangnye nak gak la tukar enfon memahal sikit semester ni
tapi aku just mampu telan air liur je lah tengok bebudak kelas aku tukar enfon baru bagai
tapi enfon aku memang tak perlu tukar pun, tak rosak pun
tapi aku nak tukar gak
tapi encik boipren tak bagi aku tukar enfon
arghh apebenda banyak sangat "tapi" aku merepek ni
=.=

dahlah penat taip pepanjang neh
jom kite same same doa kot kot esok turun hujan duit kat Malaysia
kite sume kaya
yeayyy! hahaha

p/s :  aku nak sangat pergi Festival Layang Layang Antarabangsa Pasir Gudang next week. ade sape sape nak temankan aku gi sane tak? wuwu.


Thursday, 2 February 2012

not bad jugak ah movie Azura. meleleh ayor mate aku wey. =.='

assalamualaikum
aku sekarang kat cc
actually baru lepas keluar panggung wayang
hoho

entah macam mane aku bole terdetik nak tengok cerita Azura
walaupun bagi aku
time bace promo Azura kat suratkhabar
aku da dapat agak jalan cerita dia agak cliche
tapi hati aku macam meronta-ronta nak tengok jugak
=.=

for me, takde apa yang luar biasa
dgn cerita cinta Zack dan Azura
but yang membuatkan aku menitis air mata tu
maybe sebab aku terasa jalan cerita cinta diorang
macam nak lebih kurang dengan jalan cerita cinta aku dan dia.

okey aku tak kesah ah
korang nak gelakkan aku terlebih jiwang ke ape kan
tapi yang penting bagi aku
feel yang Shah Jazle & Neelofa bawak time berlakon
agak menjadi
walaupun kadang-kadang Neelofa kaku mcm patung bercakap
tapi for me,masih lagi ok dan boleh diterima akal ah
pehh bukan main puji lagi aku
padahal sebelum ni kemain aku cukup suke gelakkan kahkahkah & membahan cerita Melayu dalam pawagam je
:p

even Ombak Rindu tu pun aku tak menangis
tetibe cerita Azura pulak aku tertacing sensorang lak
nasib baik orang tak ramai
kalau tak,malu sey.erkk.
hehe

antara scene yang bagi aku agak unik. deting kat atas lori kren. nice sey. :)


sepanjang tengok cerita Azura tadi
ada beberapa moral of the story yang aku dapat dari cerita ni.
antaranya:
1. kalau kaya, jangan nak berlagak bagus mcm dah pandai sangat ah kan.
2. tugas memimpin dan membimbing tak semestinya terletak di bahu lelaki sahaja. andai kata perempuan lebih berilmu dan berkepimpinan, tak salah perempuan tu memimpin dan bimbing lelaki sampai lelaki tu berjaya menjadi khalifah atas muka bumi ni.
3. jangan terlalu kejar cita-cita sampai tergadai cinta sejati yang dah ada depan mata.kalau boleh,biar cinta dan cita-cita berjalan seiring.


haaaa cukup ah 3 kan aku bagi
oke lettew
hehe
aku suggestkan korang pun pergi ah tengok cerita Azura tu
saje-saje release stress orang kata
:)

Sama cantik, sama padan diorang ni kan <3



p/s: aku masih tak boleh nak suka Neelofa. nampak sangat aku mendengki sebab Neelofa santek seksi bergaya kan? kehkeh :p