bangun dari tidur pagi tadi
sejenak aku kembali terhidu bau ketakutan itu
sejenak aku kembali terpegang trauma itu.
sejenak aku menggeletar kerana tahu sakitnya menghadap mereka.baru sahaja aku mahu bangkit dari sisi gelap kehidupan
baru sahaja aku mahu mengukir senyum di bibir
tapi dek kerana dia yang entah siapa siapa
yang jelas mempunyai niat yang mencurigakan
aku secara automatik terpaksa menyelak kembali trauma itu
trauma yang cuba aku tinggalkan dan lupakan
dan air mata aku menitis tanpa dipinta.
melihat satu demi satu trauma itu
aku tak sangka perjalanan hidup aku jadi begini
aku tahu lebih ramai yang sengsara berkali ganda dari aku
tetapi sengsara yang aku tanggung ini
tiada mampu dapat dirungkai.
dahulu ada yang pelik dan bertanya
kenapa tidak aku pertahankan diri
jawap aku, bukan aku tidak mahu
tetapi amat sukar untuk aku pertahankan diri
kerana akan ada mulut berkata aku mereka-reka cerita
ditambah pula dengan campur tangan ramai manusia
itu semua hanya membuatkan keadaan bertambah rumit.
jadi aku memutuskan untuk tidak mempertahankan diri.
sehingga kini.
kata pujangga sering mengatakan
ujian itu menguatkan seseorang.
tapi tidak untuk aku.
aku lumpuh dengan ujian sebegini.
lumpuh itu hanya sementara...
ReplyDeletekau ada aku, seperti mana aku ada kau. be strong!
ReplyDeletefarra, mari mencari hobi yg baru untuk melupakan semua kenangan. Sesetengah perkara, kita tak boleh paksa untuk lupa, tetapi boleh untuk tidak teringatkan..Bila terlalu sibuk dengan hobi baru, awk pasti tak teringatkannya lagi..InsyaAllah. sy sudah praktikkan.. ;)
ReplyDelete