penagih--penagih belog ini.

Friday 18 January 2013

Lupakanlah saja diriku.

assalamualaikum
akhirnya di hari ke lapan belas bulan Januari
baru aku terbuka hati nak update blog
memang aku ada berniat nak berhenti menulis dalam blog ni
tapi aku sekarang dalam mood nak meluahkan
serius nak luahkan tapi tak tau nak luah kat siapa
nak tak nak kena conteng jugak la blog ni.
huhu

pagi tadi sebelum subuh
ebal tegur aku kt inbox Facebook
aku pun ok je, layankan lah
dia nak luahkan sesuatu ke aku tapi dia macam stuck la lebih kurang
aku time tu da dapat tangkap ni mesti benda serius ni

alkisahnya kebetulan minggu lepas aku baru je berkunjung ke rumah dia
kira ini kunjungan pertama aku lah ke johor selepas aku dan ebal putus
aku niat datang johor tu untuk ziarah dan lepak-lepak dengan keluarga dia
nak dekat setahun aku tak jumpa keluarga dia
selama ni kalau aku turun johor pun aku jumpa dengan ebal je
tu yang aku dengan yakinnya turun johor baru ni.

tapi rupa-rupanya tindakan aku melawat dan berhubung dengan keluarga ebal tu
membuatkan keluarga ebal menuduh ebal ni
seolah-olah tak menghargai aku
seolah-olah dia mempermainkan aku
walaupun aku dah terangkan dah sebab sebenar aku dan ebal berpisah.
semuanya kerana aku yang tak boleh nak handle hubungan kitorang dulu.
bukan salah ebal pun.

tapi mungkinlah keluarga ebal simpati kat aku kot
ye lah selepas segala tunggang terbalik yang aku dan ebal hadapi
tapi akhirnya putus macam tu je.
entah, aku pun tak pasti.

okey, berbalik kepada cerita inbox Facebook tadi
berhubung dengan kes ebal kena tuduh bukan-bukan tu
jadinya ebal dengan jujur meminta aku untuk tidak lagi contact diri dia dan keluarga dia
kiranya kind of aku kena jauhkan diri la dari family dia.
dia kata dia penat kena hadap tuduhan macam tu
sedangkan keadaan sebenar bukan macam tu pun.

masa dia bagitau kat aku pagi tadi tu, aku okey je
serius aku okey dan boleh terima bila dia minta aku jauhkan diri dari dia dan keluarga dia
sebab bagi aku, aku dengan dia memang dah takde pape
apa ada hal kan kalau tak boleh contact lepas ni.

tapi bila lepas aku solat Subuh
tetiba aku rasa macam sayu.
sebab aku terfikir
disebabkan percintaan aku dan ebal yang tak kesampaian,
tak pasal-pasal je hubungan baik antara aku dan keluarga ebal terpaksa diletakkan tembok besar.
hurm entahlah.
mungkin ini yang terbaik untuk diri aku dan ebal.
tapi serius cakap
rasa sayu tu menusuk kalbu.

itu je lah nak cerita.
kbai.

p/s : abah aku nak datang asrama aku malam ni untuk menyerahkan duit belanja selepas dipujuk rayu oleh aku yang comel ini. seronotnyew. hikhokhikhok *gelak babi*

6 comments:

  1. semoga dipermudahkan segalanya...

    ReplyDelete
  2. mungkin ada hikmahnya tu dik... jgn sedih2.

    ape pun, wish u luck. akak dulu pun, bnyk cter gak. tp, Alhamdulillah... da jumpa mr.right akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey kak miza. doakan sy pun ketemu jua mr right tu ;)

      Delete
  3. sebenarnya mmg itulah yg terbaik dik. akak dulu pn lps pts tunang rasa x proper dah kot nk jenguk family dia. mmg deme akan kesiankan kite & bg bebanan pd anak sndiri bile kite tetap baik pd deme. so utk kebaikan semua org, undur jelah diri sepenuhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak sharena, rasa nak hug akak je tau. thanks banyak bantu sy buat keputusan. walaupun tak pernah bersua muka
      :')

      Delete