penagih--penagih belog ini.

Monday 30 January 2012

alhamdulillah,hubungan aku dan dia suda genap 90 hari :')

assalamualaikum
hurm aku terjaga pukul 2 lebih tadi
padahal aku tengah dengar hot.fm siaran langsung AJL tadi
eh siapa yang menang ha?
aku tak sempat dengar result kot.
cemana ah aku bole terlelap
aduihai.

pastu da alang-alang terbangun tu
aku terus belek enfon ah
tengok-tengok ada 2 misscall
si dia call aku agaknya
wuuuu kenapa aku tak sedar langsung
aku rindu dia sangat-sangat kot
T.T

hari ni 30012012
hubungan kami genap 3 bulan
tapi hari ni gak aku rasa macam jauh dengan dia
start pagi tadi dia pegi memancing dengan kawan-kawan dia
sampai ke petang
aku memang tau dia suka memancing time weekend
so aku tak kesah la
lagipun memang dia da bagitau awal-awal malam semalam

pastu bila dia da balik dari memancing
aku pulak busy kemas bagai nak balik asrama dah
so aku just text manje-manje jap dengan dia
pastu terus bergegas kemas beg baju semua ah
#poyo gile guna word 'bergegas'.kehkeh

aku kemas baju kemain lama kot tadi
start pukul 6.45ptg sampai pukul 8mlm kot
konon-konon nak perfect ah semua baju nak ada
aku sempat amek baju kurung mak aku 3 pasang kot
dah mak aku kata nak bagi orang lain
ceh baik bagi aku je
lawa sey :D

tapi aku tetap ada tertinggal barang tadi. adess.
1. charger enfon nokia
2. kad temujanji untuk jumpa doctor khamis ni

ha sambung cite
so dah pukul 8.30mlm camtu baru ah abah aku bertolak dari rumah
nak hantar aku balik asrama
before masuk gate asrama
abah ajak makan dulu
aku okey saje
save duit aku
haha
lagipun dapat ah tengok AJL kejap
:p

aku just sempat tengok persembahan
Projek Pistol, Atilia & Monologue, Jaclyyn Victor dengan Yuna je
part yuna tu sempat tengok separuh je
boleh pulak mama aku kate yuna buat hidung
sebab dalam tv td nampak macam mancung sikit ah hidung dia
demn. tu semua effect mekap je kot,mama
=.='

time tengah tunggu order sampai tu
aku text si dia
"sayang, imissyou lah :*"

tak lama lepas tu dia reply
"same here. ai tunggu sayang dari td tau. are you ok?"

aku bercadang nak reply tapi aku perasan mama aku mcm tengah perhati aku
erk.
pastu si dia misscall aku sekali
aku terasa mcm nak je call dia kejap
tapi pikirkan mama aku ada depan mata
aku jadi takut.

so aku pun bertahan la
sampai la da sampai asrama
baru aku reply text dia balik
"sori ta reply td,yang. ai baru sampai asrama ni. 
peh bpeluh angkat barang segala. >.< yu tengah wtpe tu?da makan?"

tapi dia tak balas pun
hurmm aku teka dia dah tetido
lagipun time tu dah pukul 10mlm
lagipun semalaman dia tak tidur & tak rehat
sebab gi memancing tu
aku pun ok je la.

cuma bila dia tak reply mesej aku
aku jadi rindu sangat-sangat kat dia.
huawawa
aku rindu dan mengharap dia balas mesej aku sampai tertidur-tidur aku tadi
=.='

 sekarang dah pukul 4pagi
dan aku dah tak mengantok
dan aku sedang merindui dia.
haihhh.



#segala mesej antara aku dan dia telah diedit sedikit mengikut kesesuaian korang sebagai readers. lalalala :p





Thursday 26 January 2012

aku tak reti nak sweet dan aku terasa macam loser.

assalamualaikum
sedar tak sedar
dah nak masuk 5 hari aku bercuti
dan dalam masa 5 hari aku bercuti ni
dah 2 kali aku menangis
sekali time ahad lepas, sekali lagi tengah malam tadi.

kebelakangan ni
aku perasan
aku kalau menangis
memang aku akan nangis dalam telefon time tengah gayut dengan dia
eventhough aku dah mindset taknak menangis dah tahun ni
taknak dah susahkan hati si dia
kenkonon azam tahun baru kan
tapi awal awal dah fail
T.T

kenkadang aku terfikir
kenapa la aku asek nak menangis sekarang ni?
padahal dulu aku cukup susah nak menangis kot
maybe sebab ego,malu,rase macam lemah kalau menangis
aku lagi sanggup maki,marah marah daripada menangis
tapi sejak dah ada si dia ni,
benda kecik yang takde benda pun boleh buat air mata aku mengalir
benda kecik pun dah buat aku merepek melalut
sampai mungkin secara tak sedar, aku dah lukakan hati si dia
haihhhh.

somehow,
aku rase aku sangat tak sweet
aku taktau la ini just perasaan aku ataupun memang realitinya aku tak sweet
aku rase dengan sesiapa pun aku tak reti nak sweet
aku ni jenis macam hati keras la kot

serius cakap
dengan mak aku pun aku tak reti nak manje manje
dengan kengkawan apetah lagi
cuma maybe aku ni jenis banyak mulut sikit
so itu je kot yang membuatkan aku masih ada kawan & family
kalaulah aku ni jenis penyenyap
memang alamatnya aku hidup sorang je ah
=.='

kalau korang nak taw,
kalau aku bandingkan antara aku dengan si dia
siape lagi sweet
boleh tak aku nak cakap si dia lagi berganda ganda sweet dari aku?
huhu
serius kot
aku tak tipu ni.

dalam banyak hal
aku perhatikan dia memang tunjukkan kesungguhan nak jaga hubungan kami
tapi bila aku tengok diri aku
aku tak pasti apa yang aku dah buat untuk diri dia
aku tak pasti adakah aku dah bahagiakan dia
aku dah ah tak sweet,pastu ego,pastu kuat menangis
somehow aku rase aku macam banyak susahkan hati dia je
dan aku tetibe terase loser.


sayang,if sayang bace entry ni,
i wanna you know that i love you so much.
maybe kite tak sweet macam gurl lain
tapi kite sayang awak sepenuh hati
dan tak sanggup kehilangan awak.
kite harap awak rasa bahagia berada di samping kita
tapi andai kata awak tak bahagia,andai kata awak terluka
dengan sikap and kata kata kita
please forgive me sayang.
kite tak sedar kite dah lukakan awak.
again,i wanna you know that i love you so much  :'*








Saturday 21 January 2012

buat aku tersenyum

assalamualaikum
hari ni aku terasa nak tules pasal bab sedih
bagi aku,dlm hidup ni kite tak dapat lari daripada kesedihan
macam mane kite ni seorang yang ceria, asek tergelak dan tersenyum
tapi akan ade mase kite akan sedih dan menangis
betul tak?
:)

dulu pernah ade sorang kawan aku bagitau kat aku
die cakap kesedihan ni ade 5 stage
1. denial (penafian)
2. anger (kemarahan)
3. bargaining (tawar-menawar)
4. depression (tekanan perasaan)
5. acceptance (redha dengan takdir yang telah ditetapkan)

alhamdulillah
eventhough dulu aku pernah sedih & kecewa melampau
aku berjaya melepasi kelima2 stage kesedihan
dan sekarang aku dah sampai tahap ''acceptance''
aku kembali merasai nikmat hidup dengan tenang.
terima kasih Allah.
:')

bagi aku,
bila kita dapat terima dengan hati terbuka
takdir yang telah ditetapkan di Loh Mahfuz untuk kita
kita akan lebih tenang dan kembali fokus
dgn apa yang kita nak masa tgh hidup ni

jangan cepat sangat hukum diri atas kesilapan lalu
jangan cepat sangat menyalahkan takdir
jangan cepat sangat berputus asa dgn rahmat Allah
yang sebenarnya,bila kita pernah buat silap
kita kena maafkan diri kita
berazam untuk berubah menjadi lebih baik
dan bersedia untuk teruskan melangkah ke hadapan.


never give up :)



peribahasa pun ada sebut
"bumi mana tak ditimpa hujan"
sama la jugak mcm manusia
manusia biasa memang takkan terlepas daripada kesilapan dan buat dosa
tapi kita tak bole biarkan diri kita terperangkap lama lama dalam kegelapan tu
kita kena sentiasa berazam untuk bangkit dan perbaiki segala sejarah hitam kita
:)

amboi kemain aku dah mcm pakar motivasi lak
padahal aku tadi ingat saje nak merepek kt entry je
kehkeh

papepun
selamat bercuti korang
aku cuti seminggu sey
sangat terbaiklah
okey itu je nak tules
happy saturday uolls!
:D



p/s:
aku tengah tersenyum ni sbb ade sorang blogger tu nak bagi aku hadiah made in cameron highland. thanx tau najihah.terharu kot :D

Friday 20 January 2012

you put my love on top,sayang :')

bring the beat in

honey, honey
i can see  the stars all the way from here
cant you see the glow on the window pane?
i can feel the sun wherever you are near
everytime you touch me i just melt away

now, everybody asked me why im smiling out ear to ear
(they say love hurts)
but i know
(its gonna take the real work)
nothings perfect, but its worth it after fighting from my fears
and finally you put me first

baby, its you
you are the one i love
you are the one i need
you are the only one i see
come on baby its you

you are the one that gives your all
you are the one i can always call
when i need you make everything stop
finally you put my love on top.

come on baby
you put my love on top, top, top, top, top
you put my love on top
come on baby
you put my love on top, top, top, top, top
my love on top
my love on top

come on baby
i can feel the wind whipping past my face
as we dance the night away
boy your lips taste like a night of champagne
as i kiss you again, and again, and again, and again

p/s: 
i love you so much syg. nah hamek lagu beyonce ni. kite tade duit nak bagi hadiah kat awak. kite bagi lirik lagu je dulu,boleh kan? awak nak anggap kite beyonce pun boleh. kite ta kesah. lalala :p 






Tuesday 17 January 2012

baru lepas bergayut dengan si dia. ngee

assalamualaikum
hai korang
ada yang tak tidur lagi ke macam aku?
pergila masuk tidur
da nak pukul 4 pagi kot

aku takpe
aku memang kelawar sikit
lagi lagi kalau si dia kejutkan bila nak call
dapat pulak wifi laju tengah tengah malam
memang bole tak tidur aku
tapi takpe je, aku suke
cehh gedik sey.hoho

masa petang tadi
dia cakap dia ada belikan aku sweater
sweater kaler merah
wuuu aku sangat terharu kot
sebab aku memang cadang nak beli sweater bila dapat elaun nanti
tetibe dia dah belikan siap siap
thanx sayang
sangat sangat terharu tau :')

kami bercadang nak jumpa 27hb ni
dia cakap dia nak jalan jalan sekitar ipoh
tapi disebabkan aku cuti, kat rumah time tu
so rasa macam susah pulak nak keluar
maybe 03.02.2012 kot baru jumpa
itu pun kalau diizinkanNya
:)

okeylah
aku rase macam nak berjimba jimba kat belog orang lain jap
esok kelas start pukul10.30pagi
so kite enjoy dulu!
yeayyy!
:D






Thursday 12 January 2012

aku harap di masa akan datang.

di saat ini
aku sayang sangat sangat pada dirinya. 
di saat ini 
aku ingin sentiasa di sisinya susah dan senang.
di saat ini
aku merasa bahagia kerana akhirnya diri ini dicintai setulus hati 

namun, 
aku harap di masa akan datang 
hati aku takkan berubah pada orang lain walauapa sekalipun dugaan melanda.
aku harap di masa akan datang
hati aku akan tetap sentiasa rindukan dia.
aku harap di masa akan datang
aku sentiasa teruja setiap kali dia menelefonku.
aku harap di masa akan datang
aku akan sentiasa melayan dirinya dengan penuh kasih sayang dan kemesraan 
tidak ubah seperti yang kualami saat-saat ini. 

Allah,tetapkanlah hatiku ini kiranya dia adalah jodohku.
Ameen :') 


Wednesday 11 January 2012

uterus menangis.

tadi aku lepak kat library sementara nak tunggu kelas start
pastu aku pun pergi ah belek belek buku

aku sekarang kan
suke belek buku pasal pregnancy kot
apesalnye tah
nak kate da kawen,belom lagi kot
nak kate da pregnant,lagi ah belom
zzzzz
 aku pun tak tau la kenapa
maybe petanda awal  nak berumahtangga  kot kan?
ehek
gedik suda :p

pastu tengah dok belek buku pasal mengandung kan
ade ah dalam buku tu tules
pasal period ni
kebetulan hari ni memang aku period pun
so bersemangat la aku nak bace

harini baru aku tau  ade 1 istilah laen untuk period
selain dipanggil haid dlm bahasa melayu,
period jugak dipanggil
'uterus yang kecewa lalu menangis'
 comel je kan statement tu?
aku time bace tu tersenyum kot
reti pulak uterus nak nanges bagai kan
kihkih

untuk sesiapa yang tak tahu
uterus=rahim
tapi istilah sains sikit la
baru nampak legend sikit entry ni
haha

p/s: camne nak kurangkan period pain eh?malas ah makan painkiller ni,takut ade efek je. huhu