penagih--penagih belog ini.

Friday 30 November 2012

Nasihat dari Dher L. :')





listen up babe. stop think like that and learn to fight it. don't make your fear become much stronger than yourself or it'll the day that you destroy yourself with your own sword. fear and self esteem. damn. that's sure a f*cking nice combo but adapt to it and fight it. believe in yourself and not your fear. got it? kbai.












Tuesday 27 November 2012

Mimpikan dia lagi :(

entah macam mana dia boleh termasuk balik dalam mimpi aku
lama dah aku tak mimpikan dia
homaii
bangun je dari mimpi
rasa rindu sangat nak back together dengan dia
macam dulu-dulu
:(

aku tak ingat sangat exactly mimpi aku macam mana
yang aku ingat aku stay kat satu rumah ni
rumah tu besar tapi banjir
tinggi jugak la airnya paras paha mcm tu
tapi aku takde lak gelabah pasal tu

pastu entah macam mana
aku macam tetiba dah ada kat tempat lain
suasana macam kt rumah orang kawen
meriah sangat saudara mara aku semua ada

dan dalam pada kecoh-kecoh bagai tu
si dia muncul.
dia pakai sempoi je
t-shirt dan jeans
macam yang selalu dia pakai bila aku jumpa dia
:')

aku mula-mula macam nak sorok la siapa dia depan family aku
sekali mama aku lalu depan aku dan dia
dan mama aku macam bagi green light untuk aku bersembang dengan dia
oh sungguh tak percaya
semua orang pun macam senyum-senyum je tengok kitorang

kitorang sembang-sembang kejap
aku ada cakap rumah yang dalam mimpi tu macam rumah dia
dia just iyakan je
tapi lepas tu kitorang keluar rumah
mencari privasi la konon-konon

aku jalan-jalan dengan dia
aku cakap kat dia aku ada banyak benda nak cakap dengan dia
pastu aku ada cakap aku harap takde sape nampak kita jalan berdua ni
sebab kitorang keluar senyap-senyap
tapi yang kelakarnya baru je aku habis cakap cmtu
kereta sedara aku lalu sebelah dan tegur cakap
"nak makan pape tak? kitorang nak pergi beli ni."
semua yg dalam kereta dok sengih-sengih tengok kitorang
time tu memang tak bole nak sorok muka dah la
hahaha

kitorang jalan-jalan sampai la kat pasar malam
seingat aku takde beli apa pun
tapi yang kelakarnya
masa nak balik dari pasar malam tu.

selalunya dia pergi mana mana mesti naik moto kesayangan dia tu
tapi dalam mimpi aku tu
dia bawak basikal budak-budak warna kuning
siap ada bakul
reben-reben la bagai
dafuq?
hahahah

tapi aku takde complain apa ke
aku tuntun basikal tu dari tempat parking sampai pegi ke jalan raya
dan dia macam sembang ape tah kat satu gerai tu
dah setel, dia terus duduk kt seat belakang aku
aku pulak yang kena bawak dia
=..='

aku sempat cakap
'tepi sikit kaki tu, fara dah lama tak bawak basikal ni'
dan


mimpi aku berakhir di situ.
huawawa.

aku tak ingat sangat apa yang aku bersembang dengan dia
tapi yang pasti dalam mimpi td
kitorang banyak gelak sama-sama
kitorang sangat mesra
dan aku memang rasa macam kitorang dah berbaik semula
walaupun takde declare balik ke apa
sebab tu bila terjaga, rasa mcm
'kenapa mimpi jeeeee, kenapa tak betul-betul jadi'
:(

mimpi tu mungkin petunjuk.
mungkin juga mainan tidur.
takpelah, at least aku merasa lepas rindu kat dia kejap dalam mimpi tadi.
realitinya, aku tau aku yang bersalah.
tak mungkin dia cari aku balik.

cantitnya rambut dia. *tetibe*














Friday 16 November 2012

Tak boleh tipu diri sendiri.

Assalamualaikum
tergerak hati nak apdet blog lak tetiba.
mungkin sebab hati aku ni tengah bergejolak
sebab apa?
sebab dia.

ya,
to be honest
aku masih tak boleh lupakan dia.
hati ni masih teringat
tapi aku tahu batas dan sempadan
keadaan sudah berubah
bukan baru
dah hampir 3 bulan begini.

last aku contact dia dua minggu lepas,
tepat pada tarikh yang sepatutnya jadi anniversary setahun kami
kami sembang biasa biasa je
just bertanya khabar dan perkembangan masing-masing
takde pun sentuh soal hati ke apa
aku malas nak spoil mood masing-masing.

dan lepas tu aku memang tak contact dia
dia pun takde nak contact aku.

sampai lah 11 november haritu
tiba tiba masuk mesej dari dia
dia mesej aku.
nak dijadikan cerita,
malam yang dia hantar mesej kat aku tu
aku memang tak peduli kat enfon
sebabnya aku kt rumah cousin aku
enfon aku pun bateri low
aku biar je la dalam handbag.

esok tengahari baru aku check enfon
tengah nak charge tu baru masuk mesej dia
aku baca dan baca
tapi too bad
dah la lambat aku perasan mesej dia
pastu aku still tak dapat balas mesej dia
sebab kredit aku expired.

dia mintak aku mesejkan mak dia
suruh call dia balik
sebab dia takde kredit kot
aku pun tak sure kenapa.

aku terkilan sikit bila baca mesej dia
sebabnya aku memang tak dapat tolong
aku memang dah lama tak topap
takde hati dah nak dok melekat dengan enfon
enfon tercampak tah kemana mana je skarang

pada dia,
kalau kalau dia ter-baca la entry ni
aku nak minta maaf sebab tak dapat text mama dia.
sorry tau.

haih.

tadi elok pulak RedFm putar lagu Sofia Jane
sekian lama tak dengar, tiba-tiba tadi terdengar.
lagi la jadi teringat.
layankan je la.

haih.


p/s:
badan aku macam da start panas.
tekak rasa pedih.
harap tak jatuh sakit la dalam cuaca tak menentu ni.
hopefully.












Saturday 3 November 2012

Haha. Aku baru tahu something. Eksited pulak.

assalamualaikum
actually kan
aku baru tau cara nak letak reply comment kat ruangan comment form aku
sungguh eksited betul lah bila tau
sampai update entry serta merta ni ha
aku punya lah ingatkan nak tambah pape software
rupanya cehhh tersangatlah kacang

just pergi bahagian dashboard
pastu klik Setting
pastu klik bahagian Posts and comments
dan adjust comment location jadi Embedded
itu je.
gila lah benda senang gini aku tak tahu
HAHA

selama ni aku buat comment popup window
sebab dulu masa kat blog lama aku
ada sorang blogger ni tegur aku suruh buat popup window
sebab tak ganggu bila nak baca entry dalam blog secara marathon
ceh time tu aku pun ter-perasan la blog aku best gila
yela sampai ada orang nak marathon baca entry kat blog aku kot
kehkeh

tapi itu dulu
sekarang ni rasanya tak perlu nak marathon sangat kot
entry bukan banyak pun
yang banyak pun pasal emosi sahaja
so aku tukar la comment form jadi embedded below post
sila redha lah ye.
:D

p/s: dok ngidam nak tengok paranormal activity 4. tak pun sinister.
      sape budak ipoh kat sini? lai lai teman aku tengok movie kat ipoh parade. ngee

*tetibe*