penagih--penagih belog ini.

Tuesday 30 October 2012

Sepatutnya hari ni genap setahun.

30 Oktober 2011
''kalau aku cakap aku nak kau, macam mana?"
''yes, i do''

itu salah satu saat-saat terindah untuk aku.
dalam masa sekelip mata aku terima dia.
entah kenapa hati boleh jatuh sayang pada dia
bermula dari saat itu hati berbunga indah je.

30 Oktober 2012
semua sudah tinggal kenangan.
sebenarnya sekarang aku tak la rasa sedih melampau dah
cuma hati tu kadang kadang teringat jugak
nak nak pulak hari ini suppose to be anniversary pertama kitorang.
tapi dah tak kesampaian.

banyak benda mengingatkan aku kat dia
walaupun aku cuba taknak ingat.
salah satunya tadi lah
dalam astro ria cite express dania,
tetiba sebut terminal larkin
banyak banyak terminal kenapa kena sebut terminal larkin ha?
kenapakah?
oih banyak memori kot terminal larkin tu.
T.T

aku ada call dia last week
tapi dia tak angkat
2 3 kali aku call tak angkat jugak.

dia cakap dia letih sangat
tapi tapi
aku dapat tangkap dia taknak aku ganggu dia dah.
its okey, dude.

harapan aku
moga dia bertemu teman pengganti
yang lebih baik lebih cantik lebih pandai menjaga hati lebih segalanya
better from me la senang cerita.
amin.

:))

p/s: gelang aku ada tertinggal kat rumah dia. mohon dia simpan gelang tu. hee



Saturday 27 October 2012

cuba teka gambar ni kat mana? :D


me with my family yesterday.
me is in green pokodot baju kurung.
my mama and brother is not interframe in this picture.

panggg!
*lempang sedas*
kepoyoan apakah yang tetiba lepas raya haji
nak speaking english tunggang terbalik bagai dalam blog
HAHA

SELAMAT HARI RAYA HAJI KENGKAWAN BLOGGERS
ADA DAGING KORBAN LEBIH SILA PASS KAT SAYA.
:D



Friday 19 October 2012

I need you. Im not a monster.

Subuh ini,
mungkin subuh pertama aku mengenal apa itu erti pengorbanan
sebelum ini bukan aku tak tahu definisi pengorbanan
cuma aku sedikit prejudis apabila masuk bab-bab pengorbanan

satu ketika dahulu
aku adalah manusia yang tidak kisah berkorban pada org lain
aku sanggup buat apa saja.

sampai terjadi tragedi demi tragedi
aku terus tukar mindset.
mindset aku ialah
"buat apa nak berkorban. asek kita berkorban.
orang bukan nak berkorban balik utk kita.
last-last diri sendiri terkorban. menyusahkan diri sendiri je."
serius itu mindset aku.

dan hasilnya
aku memang jadi tak suka nak berkorban
atau dalam erti kata lain
aku jadi seorang yang tak suka nak berusaha
seorang yang malas
seorang yang lepas tangan
seorang yang tidak pandai berdikari
seorang yang seumpama takde hati dan perasaan.

aku lebih suka menerima
daripada memberi.
memberi bukankah satu bentuk pengorbanan?
kan?

namun, perbualan aku dan dia
merubah segalanya
dia membuka mata aku tentang erti pengorbanan.
betapa hidup ini bukan sekadar nasib semata.

semuanya bermula bila aku tanya dia satu soalan peribadi
dia setuju jawab dengan syarat aku kena bagi upah
aku tanya la apa upahnya
upahnya dia suruh aku taip sesuatu
tak panjang pun, ayat simple tapi a bit annoying.
bila dia suruh, aku terus cam argh taknak la taip
takkan sebab soalan tu, aku kena taip ayat tu pulak.

disebabkan malas nak taip benda alah tu
aku cakap kat dia
"cancel je la soalan tadi. tak penting pun soalan tu."

see?
cepat gila aku give up sekarang ni.
padahal aku yang ye-ye je nak korek rahsia dari dia la konon.
=.='

bila aku cakap aku taknak taip,
terus dia mengeluh
dia terkilan.
rupanya dia suruh taip tu ada yang tersirat di sebaliknya
dia nak menduga tahap aku sanggup berusaha untuk capai sesuatu.

argh, aku kantoi di situ.
sangat jelas
benda simple pun aku cepat give up.
benda simple pun aku taknak berusaha
apatah lagi benda yang lebih sukar yang melibatkan kehidupan.

dia mengingatkan aku
bukan senang nak senang
kalau nak apa-apa perkara pun, kena ada usaha.
kena ada pengorbanan..
kena pecahkan ruyung kalau nak sagunya
hambek ko keluar pantun segala.
dan dia minta aku berubah
bukan untuk dia, tapi untuk kebaikan aku sendiri.

sungguh aku terkesan
dengan pendekatan yang dia gunakan.
perkara simple tapi impaknya besar.

aku kena berusaha.
aku kena biasakan diri berkorban :')


p/s : dia suka lagu monster. dan suka intonasi suara T.O.P. sila jangan teka jantina dia. haha

oh tidak. sejak bila blog aku jadi blog kpop.  :P











Friday 12 October 2012

Tersadai.

hidup aku masih terumbang ambing.
meskipun keadaan sekarang adalah lebih baik dari sebelum ini
namun masih
masih aku terumbang ambing.

esok cuti.
aku tidak bercadang untuk pulang ke rumah
cukuplah aku menyusahkan keluargaku berminggu-minggu.

aku rasa nak keluar ke bandar bersama rakan
tapi nak keluar dengan siapa?
oh aku lupa.
aku tiada rakan.

rasa mcm nak check in hotel pun ada
jangan salah faham
aku dan diri aku sahaja
tiada orang lain.

tapi macam tak perlu pulak dah.

sudahnya aku rasa
hari minggu aku dihabiskan dengan tersadai dalam bilik
tidur separuh hari.
tak ubah seperti orang tak mahu hidup.