penagih--penagih belog ini.

Thursday 27 September 2012

Aku seorang parasit.

Assalamualaikum
hari ni akhirnya aku berkesempatan menjenguk blog aku ni
bukannya aku busy sangat
tapi entahlah
life aku semakin berkecamuk.
its too complicated

aku mc dah hampir 2 minggu
daripada 13 sept sampai la sekarang
dan sepanjang aku mc aku just duduk kat rumah
memikirkan apa nak jadi dengan diri aku.

kalau orang lain tengok
secara fizikalnya, aku tak sakit
tapi dalaman aku
aku tau dalaman aku sakit.

panggilan telefon dan mesej daripada kawan-kawan sekelas aku biarkan sepi
panggilan telefon daripada roommate aku, aku tak angkat
voice message daripada mentor aku, ustaz deris pun tidak aku balas
yang aku angkat, kalau call daripada mama or abah
itu je call yang aku mampu angkat tanpa rasa bersalah.

dalam hati aku
macam-macam yang aku rasa.
bersalah
berdosa
malu
takut
semua lah ada.
senang cerita LOSER is the best word untuk describe diri aku sekarang ni.

aku kadang tak faham kenapa aku jadi macam ni
benda ni dah lama
dan masih berlarutan sampai sekarang
setahun dah berlalu
tapi aku masih tak jumpa diri aku yang dulu

dulu
aku ceria
peramah
banyak kawan
semangat menimba ilmu
kuat semangat
optimis

tapi aku yang sekarang?
sangat mengecewakan.
aku jadi pendiam
menjauhkan diri daripada orang
tak pandai dah nak beramah-ramah
jadi ignorant
membosankan.
dan aku akui,
aku makin jauh dari Tuhan.
:(

aku rindu diri aku yang dulu.
aku yang sekarang seperti parasit.
aku yang sekarang just tau nak susahkan orang lain.
aku yang sekarang sangat lemah.
mana fara yang dulu?
mana?
hurm.

aku dah ambil keputusan untuk berhenti belajar
nekad kan aku?
tapi mama dan doktor psikiatri tak setuju
diorang suggest aku tukar kolej je
aku sebenarnya tak rasa itu solusi yang terbaik
tapi entahlah.
isnin depan ni aku kena pergi jumpa kaunselor kolej aku dengan mama.

makin lama aku rasa kebodohan aku makin ketara.
masa depan aku semakin gelap.
hubungan aku dengan kawan-kawan hancur.
hubungan aku dengan Tuhan tunggang terbalik.
aku hanya ada keluarga aku sahaja.
hanya keluarga yang mampu bertahan dengan aku.

masih ada lagi kah sinar kebahagiaan untuk aku?
masih mampukah aku membalas jasa kedua ibubapa ku?
masih cerahkah masa depan aku?
aku tiada jawapan.


Bantulah aku, ya Allah.
Amin.















Friday 7 September 2012

Luka dalaman.

tak nampak pun bulan bintang malam ini
lama, lama juga aku perhati
yang kudengar suara sumbang
unggas malam rindukan rembulan
ooo..

macam aku yang melayan hati celaru
lama, lama sudah kurasanya
tak tahu pada siapa nak aku adu
sendu piluku ini, amat memeritkan

**

gerimis yang mengundang
kini menjadi hujan
hatiku kebasahan
dalam pada malam itu
langkah aku tewas
dihanyut arus yang deras

hingga tak sedar aku ini
hanyut di tengah lautan fantasi
yang bawa aku ke alam lain
keranamu..ooo
hingga kasih itu kan mengambang

memang ada kasih sejati yang lain
namun, namun aku tak perlukannya
biarlah aku bersama dengannya
bersama luka dalaman
sampai mataku terpejam

ulang **

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
siapa kat sini minat dengan slam? ce ngaku. hehe
sebenarnya ini lirik lagu zamani slam.
lagu ni lagu baru rasenye. 
aku pun baru dengar 2 kali kat suriafm. 
lagu ni kalau tak silap ada kesinambungan dengan lagu gerimis mengundang yang pernah hit zaman 90-an dulu. 

memula tajuk lagu ni 'gerimis mengundang lagi'
tapi atas permintaan zamani, tajuk lagu ni ditukar jadi 'luka dalaman' 
tapi bagi aku, lagu ni tetap tak boleh beat gerimis mengundang. 
oh boleh menangis kalau dengar lagu rock leleh dulu-dulu 
tersangat feel kot
sampai kekadang buat aku jiwa kacau
 T.T

okbai.

Tuesday 4 September 2012

rasa mcm annoying.

dulu dulu kan
masa umur akhir belasan tahun
seriously aku eksited gileee tengok orang kawen muda
kan macam trend kawen muda sekarang ni
pastu post kat pesbuk/you-tiup
umur 16 da kawen
umur 17 da kawen
umur 18 da kawen
yg latest umur 14 da kawen
memang pergh la

i do. me too.


dulu memang aku eksited lah bab-bab cenggini
dulu k dulu

tapi makin bertambah umur
makin lama
aku macam
aishh annoying lak tengok bebudak kawen muda ni

#eleh cakap je la kau dengki. kan? kan? panggggggggggg! hahaha

aku tak la teruk sangat kot
dalam pada masa annoying tu
ada gak timbul rasa kagum kat mereka-mereka yg kawen muda ni
ye la, ada yang masih study bagai
tanggungjawab semakin bertambah
nak kena jaga hati ramai orang
tapi masih bole kekalkan komitmen relationship dengan jayanya
keep it up okey :)

dalam hati aku,
tertanya-tanya gak macam mana diorang dapat kekuatan
nak mendirikan rumahtangga time tgh remaja muda belia
macam mana diorang handle study diorang
macam mana diorang handle konflik yang tak dijangka
banyak lagi la persoalan yang keluar kat kepala aku

kalau pesen bangsa macam aku ni
baru tanggungjawab jaga diri sendiri
jaga hati mama abah adik beradik kengkawan
itu pun dah tonggang terbalik cemana tah
hingus pun berjejeh lagi tak pandai lap
masak pun fail
nak kawen kebendanye
puih

#kutuk diri sendiri memang amalan mulia. problem? :P

so kesimpulannya
aku tak la annoying banyak
sikit sahaje
biasalahh
genetik pendengki berkumpul dalam badan la katekan
kehkeh

utk yang bakal berkahwin di usia muda, semoga Allah memudahkan perjalanan kalian. amin.

okbai.


Monday 3 September 2012

semalam dpt ceting jap dengan dia :')

salam
seminggu sudah berlalu
dan blog pun terbiar begitu saje
maaf ye blog.
:|

saje je la ni aku nak update
semalam aku berkesempatan chatting kt fb dengan dia
ingatkan dia taknak layan
tapi alhamdulillah ok je

maybe certain orang akan kata
just leave him and start new life
owhh kalau la itu semudah ABC
ABC pun susah kot
masa tadika dlu pening gak aku
haha



kitorang ceting ceting sejam gak la
pasal soal hati la banyaknya
tak sangka dia turut rasa apa yang aku rasakan
tapi dia kata dia dah serik
bila dia cakap cmtu, aku tau aku tak berhak cakap lebih-lebih
lagipun kami dah takde pape relationship
kawan biase je.


hati aku cakap
"dia masih sayangkan aku"
tapi akal aku menjerit
"sudahla, dia dah taknak kat kau. kau je yg masih jiwa kacau teringat kat dia"


entahlah.
soal hati memang sukar difahami.

and dia ada gak tanya aku
"fara ada buat blog baru ke?"
aku pelik dia tanya camtu
dan mestilah aku jawab
"mana ada. fara still guna blog yg sama la''
bagi aku, takkan disebabkn hubungan dah berakhir
so that aku kena delete blog ni
tak kot
aku sayang blog ni
dulu aku dah pernah delete 2 blog
gile menyesal lepas da delete
sob sob

apa pun
aku sebenarnya rasa bahagia
rasa lebih dari cukup bila dapat berhubung dengan dia
aku tak mintak banyak pun
terima kasih ye encik bulan. :')

i miss johor bahru.
i miss your family.
i miss you too.
bye.